Jaringan Ukhwah

19 December 2011

SEMANIS FIRDAUSI


Alhamdulillah, masih digagahkanNya untuk terus mengutip mutiara khazanah ilmu di Dataran Syuhada' ini, harapnya dipermudahkan segala urusan untuk dua semester yang berbaki, doa dan tawakal penghubung cintaNya. Tahun pengajian dah bertukar, semester satu untuk tahun ketiga pengajian saya di sini, rupanya dah lama tak berusrah bersama adik beradik Semanis Firdausi !

Adik-adik usrah ada yang dah jadi naqib, memegang taklifan nuqoba' untuk TDI tahun satu, ada juga adik usrah yang bersiap sedia untuk melahirkan ummah dakwah, menyempurnakan separuh agamanya, ada teman istimewa di sisi, kemungkinan ini yang menyebabkan TDI kami dicuri masanya :) Terima kasih Syakir Sulaiman atas gambar di atas, Insya Allah sebagaimana kita semua harapkan masa TDI pertama dua tahun yang lalu, Semanis Firdausi akan terus berkekalan, ia medium penting kita semua ya.



Setahun yang lalu, ketika musim sejuk camni jugak lah *_*

Gabungan TDI cinta, sumber kekuatan pemuda, bila hati disatukan karenaNya

Semanis Firdausi, moga kita ketemu di sana nanti, cintaNya terbukti..

Mula-mula tak paham ungkapan ni, bila diceritakan rasa terharu plop :)


Pemuda di kaki bukit : Menguatkan azam dan tekad, menyelusuri lembah ilmu !



Bumi gersang inilah laluan dakwah Baginda SAW, kering kontang, kadang-kadang terlalu panas, kadang-kadang terlalu sejuk, baginda bukan tidak boleh berdoa agar Allah terus memberikan kefahaman kepada ummat dan kemenangan ISLAM pada masa tersebut, tetapi baginda mengajar bahawa usaha keras dan strategi rapi adalah kunci kejayaan sesuatu usaha, lebih-lebih lagi dakwah. Ayuh, pemudalah harapan ummah!



Di Bumi Isra' inilah bermulanya cinta, saksikanlah Ya Allah.


Kami comel kan? Inilah bulatan gumbira kami, dia dan saya sama la....^_^

No comments: