Jaringan Ukhwah

24 December 2011

MUTIARA KATA BUAT PEMUDA



Intipati Ucapan Iftitah YAB TG MB di Konvensyen Tarbiah Anak Muda Kelantan 1433H :

- Nafsu bermuka dua, nak jadi baik kerana nafsu, nak jadi jahat kerana nafsu...kita bersihkan nafsu jadi baik, kita kotorkan nafsu jadi jahat.
 
- Pemuda, menurut ilmu psikolgi berada di persimpangan jalan...untuk menentukan simpang mana sama ada ke kiri atau ke kanan... kena berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan panduan Rasulullah saw.
 
- Tarbiah untuk ruh, riadah untuk tubuh...sama-sama perlu untuk pemuda Islam.
 
- Dengan kaki dapat pahala jika betul dan turut agama, dengan kaki juga boleh dapat dosa kalau tidak ikut agama.
 
- Jadikan solat sebagai tanda dan sebutan pada setiap program, mula lepas Asar jgn pukul lima, lepas Isyak bukan pukul 9.00...ada ruh, dan fikrah beragama serta konsep pandangan hidup beragama.
 
- Sebutan Arab biar bunyi Arab...pemuda kena baiki bahasa dan menguasai bahasa.
 
- Beza kita pemuda Islam dan ahli PAS ialah kita yakin menumpang bumi Allah dan automatik kita kena berdisiplin, serta kita yakin segala tindakan kita diperhati dan direkod oleh malaikat.
 
- Pemuda kena pandai menangkis segala tohmahan dan serangan kepada Islam dan perjuangan Islam...contoh Negara Berkebajikan yang ditimbulkan...dalam al-Quran Allah bubuh nama Islam (nama bagi agama) dengan pelbagai nama dan cara seperti jalan yang lurus, tali Allah, deen dll....hal ini bertujuan untuk membuka selera manusia, Islam tidak berubah, tetapi teknik boleh berubah...begitu juga kiamat, ada lebih kurang 40 nama dalam al-Quran.
 
- Tarbiah dapat memberi "antibodi" kepada pemuda Islam.

[ Dedikasi dari Cikgu Nazeli Ahmad ]

No comments: