Jaringan Ukhwah

31 January 2010

Royalti oh royalti....

-Anak Bumi Keramat Tuntut Hak -Oleh Cikgu Him, Zuhal Segumpal tanah di daerah ini adalah tubuhku Secangkir air di laut ini adalah darahku Setitik petrol di dasar ini adalah keringatku Sesedut udara di ruang ini adalah nafasku Di muka bumi di perut bumi Di laut di dasar laut Di udara di atas udara wilayah ini AnegerahMu amanahku Yang ku tuntut yang ku perjuangkan adalah hak Kalau ada tangan-tangan sial menafi hak Mereka pembelot, pengkhianat generasi Akan ku cincang sampai lumat Sejengkal tanah, setitik petrol, sesayap lalat ruang ini, Di seroboh dia adalah maruahku Akan ku tentang akan ku perjuangkan, Akan ku pertahankan Ayuh! Anak-anakku pewaris wilayah ini Bangun serentak bersama wali Menyatakan kebenaran, merungkai perjanjian Royalti bukan ihsan untuk generasi Hapuskan petualang dan proksi, pengkhianat generasi Anak bumi keramat pantang menyerah kalah Biar putih tulang jangan putih mata Bersama pemimpin Tok Guru Keringat, darah dan air mata Royalti bukan ihsan Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Sumber: http://jiwokelate.wordpress.com
Ya Allah, kami dianiyai, hak kami dinafikan, kami memohon pertolongan padaMu.. mana hak kami?? saksikanlah kami Ya Allah..

28 January 2010

Tahniah tok guru...

Setinggi tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atas inisiatif menghimpunkan pemimpin lima agama utama Malaysia; Islam, Kristian, Budha, Hindu dan Sikh dalam satu majlis muhibbah beserta makan tengah hari di sebuah hotel di Kota Bharu semalam.
bergambar kenangan ngn para pimpinan agama
Majlis muhibbah ini amat bertepatan dengan situasi ketegangan yang berlaku di Malaysia pada hari ini, hasil dari provokasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab selepas permohonan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu baru-baru ini. Kita mengharapkan pertemuan seperti ini agar ketegangan di kalangan penganut agama reda, tidak timbul perbalahan, permusuhan dan sebagainya yang boleh menghancurkan keharmonian beragama selama ini. Pertemuan ini membuktikan pemimpin-pemimpin agama yang paham tidak pernah cuba membuat kekacauan yang boleh membangkitkan kemarahan agama lain. Inilah yang Islam anjurkan. Dipetik dalam harakahdaily harapan Tok Guru selepas pertemuan ini, katanya; "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."
bermesra ngn sami Budha..
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Tok Guru dan kerajaan negeri kerana mencetuskan satu pendekatan relevan yang baru, pasti ianya pendekatan dakwah berkesan. Alangkah indahnya jika pihak kerajaan pusat juga menggunakan pendekatan bijak dan berhikmah ini, sudah pasti rakyat memahami agama bangsa-bangsa lain di Malaysia.
bersama wakil Sikh..
*gambar: dipetik dari harakahdaily.

27 January 2010

Kepala babi sape ni?

Kita dikejutkan lagi dengan insiden terbaru serangan ke atas rumah ibadat semalam. Terbaru, kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
sape punya kerja ni??
Ini merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Persoalan yang timbul di benak fikiran saya adalah kenapa serangan seumpama ini berterusan? Pelbagai provokasi berbaur keagamaan ditimbulkan bermula dengan perarakan kepala lembu di Selangor yang dirancang oleh golongan tertentu demi kepentingan puak mereka, selepas itu serangan ke atas gereja dan beberapa rumah ibadat yang lain termasuk surau dan masjid selepas permohonan untuk membenarkan penterjemahan kalimah Allah digunakan dalam majalah Herald. Apakah tindakan yang telah dilakukan pihak berwajib untuk membendung provokasi ini? Sepatutnya selepas berlaku serangan ke atas gereja, tidak akan timbul lagi perbuatan tidak bertamadun ini ke atas rumah-rumah ibadat yang lain.. Isu-isu ini pastinya membangkitkan kemarahan penganut-penganut agama yang terlibat, Islam pastinya mengharamkan penganutnya dari melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan, kemarahan agama-agama lain. Saya mengharapkan ummat Islam bersabar dan bertenang, jangan kita cuba melakukan sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan, siapa yang melakukannya masih tidak diketahui, yang pastinya mereka ini bodoh, jumud dan akalnya pendek, kita serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab, yang paling utama kita sama-sama panjatkan doa dan munajat kepada Allah swt, kita memohon petunjukNya sehinggalah negara kita tercinta diamankan dari segala perbalahan dan sebagainya..amin..
serangan ke atas rumah-rumah ibadat..

22 January 2010

Hari Jumaat.......Sayyidul ayyam...

Amalan-amalan terbaik pada hari Jumaat.. Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya. Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut : # Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya). # Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. # Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya. # Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka. # Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya. # Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya. Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat? Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.” Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang. Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua. Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka. Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya. Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinyatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.” Jangan tingggalkan sembahyang tahiyyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan. Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82). Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan. Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain. Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga. (Keadaan di Malaysia) Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin. * Oleh Ustaz Zainudin Hashim

20 January 2010

Sabar bila susah, syukur bila senang..

Assalamualaikum wbt..

Puji-pujian selayaknya dipanjatkan kepada Yang Maha pemurah, pemilik alam sejagat, penguasa kepada segala penguasa, raja bagi sekalian raja atas nikmat Islam, iman serta segala nikmat tidak terhitung yang lain..apa bukti kita bersyukur padaNya? renung ke dalam diri..post mortem hati..adakah dengan sepatutnya ia berfungsi?

Imtihan niha'ie..

Imtihan niha'ie telah pun melabuhkan tirainya kelmarin, diakhiri dengan subjek Ulum Askari yang merupakan madah wajib kepada seluruh universiti di Jordan. Subjek-subjek yang saya ambil untuk semester ini ialah Ulum Quran, Ulum Hadis, Madkhol Ila Fiqhil Islam, Hadhoroh Islamiah dan madah wajib, Ulum Askari..mudah-mudahan natijahnya nanti imtiaz,najah!..amin..

Berakhir peperiksaan bermakna hilanglah kepenatan seminggu dua yang lalu, dapatlah tenangkan minda, insya Allah pastinya akan terisi dengan aktiviti bermanfaat, bak kata Imam Al-Banna, alwajibat aktharu minal awqot..sememangnya kewajipan sebagai muslim banyak, lebih-lebih lagi mahasiswa Islam yang faham tujuannya belajar, masakan tidak, bermusafir beribu-ribu batu semata-semata untuk tujuan itu, mencari mutiara-mutiara berharga, agar nanti dapat dimanfaatkan bersama ummat..

Ada apa pada sabar?

Pada entri kali ini saya akan berbicara sedikit mengenai sabar, sifat yang begitu indah, sifat mahmudah yang patut kita teladani dari baginda saw, bahkan baginda telah pun menunujukkan contoh yang terbaik untuk ummatnya, semestinya kita berbangga menjadi ummat nabi kekasih Allah ini.

Setiap manusia pastinya tidak dapat untuk mengelak daripada menempuhi pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupan seharian. Cabaran yang dihadapi adakalanya dapat meningkatkan motivasi diri tetapi adakalanya melemahkan manusia. Inilah tujuan ujian dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi selaku makluk istimewa yang diciptakan Allah, juga sebagai khalifah di bumi. Ironinya, kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan.

Sabar itu banyak jenisnya dan rasulullah s.a.w sendiri pernah ditimpa musibah ketika mana kematian puteranya Ibrahim, sehingga mengalir titisan air mata baginda kerana terlalu sedih. Pun begitu, baginda sendiri berkata: "Itulah tandanya rahmat ke atas hamba-hambaNya yang bersifat belas kasihan..

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah.
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
* memelihara diri daripada dihasut oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.



bersyukur atas nikmatNya


Sabar bila susah, syukur bila senang.

Maksud hadis nabi saw:


Daripada Abi Yahya Syuhaib Bin Sinan r.a berkata, rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik nasib orang beriman, kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Apabila ditimpa musibah dia bersabar, maka sabar itu baik baginya". (H.R Muslim)


Orang mukmin adalah orang yang bertuah dalam hidupnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian. Hidupnya selalu tenang dan tidak banyak bermasalah dan memiliki ketenangan jiwa yang diburu oleh orang-orang yang mencari kepuasan hidup dalam dunia ini.



mampukah kita bersabar bila diuji ?


Kepuasan hidup dan ketenangan jiwa hanya dinikmati oleh orang yang benar-benar beriman di mana hatinya tenang dalam menghadapi pelbagai keadaan. Apabila berada dalam keni'matan dan kesenangan, dia akan bersyukur kepada Allah dan menggunakan ni'mat itu untuk mencari keredhaan Allah, baik untuk kegunaannya sendiri atau untuk kebaikan orang lain.

Apabila berada dalam kesusahan dan musibah, dia akan sabar menerima takdir Allah itu dengan hati yang lapang dan redha, dia memahami dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, akhirat itu tempat kebahagiaan. Inilah kehebatan orang mukmin apabila betul-betul memahami tujuan kejadian dan dilahirkan di muka bumi ini. Sabar bila susah, kerana sememangnya hidup ini memerlukan pengorbanan, syukur bila senang kerana Dia yang menetukan segalanya..

p.s: sabar n redha ya bila keluar result imtihan nanti....('',)


15 January 2010

Gerhana Matahari..Subhanallah!

Alhamdulillah..pagi tadi kita dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari, salah satu tanda keajaiban, keagungan ciptaan Allah SWT. Pada kali ini ialah gerhana cincin, iaitu seakan-akan bentuk cincin, ia dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia. Kejadian alam ini tidak lain dan tidak bukan melainkan sebagai bukti kekuasaan Allah swt, agar manusia tunduk patuh mengakui serta mematuhi perintah dan laranganNya.Maksud firman Allah swt :


" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal " (Ali Imran,190)

" (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka " (Ali Imran,191)
Berbekalkan Canon EOS 1000D, Lens Tamron AF70-300mm F/4-5.6 Di LD + tamron 2X SP AF Tele-Converter, saya menemani Ust Ihsan 'shoot' beberapa gambar menarik semasa gerhana pagi tadi, atas sutuh Darul Muttaqin menjadi pilihan kami. Canon 1000D itu menjalankan tugasnya dengan baik, mungkin merasai ia akan berpindah tangan tidak lama lagi, lalu ia melaksanakan tugas terakhir dengan sepatutnya..('',)


Gambar-gambar menarik gerhana.



first gambar yg dirakam..Subhanallah.

bergerak sedikit demi sedikit..Masya Allah.



hampir tidak kelihatan..





makin menghilang...jelas kekuasaanMU..kerdilnya kami Ya Allah..

Pesan Buat Diri..

Aku tahu REZEKIku tak mungkin diambil orang lain, kerananya hatiku tenang.

Aku tahu AMALku tak mungkin dilakukan orang lain, kerananya aku sibukkan diriku untuk beramal.

Aku tahu Allah SELALU MELIHATku, kerananya aku malu bila Dia melihatku melakukan maksiat.

Aku tahu KEMATIAN MENANTIku, kerananya kupersiapkan bekal untuk bertemu Rabbku.

Akhi, berapa kali antum khianati perjanjian dengan Allah? Bukankah teramat banyak?Antum di malam hari bertahajjud dengan deraian air mata memohon ampunan tapi di siang hari antum ikuti hawa nafsu hingga lupa akan Allah.

Dan berapa kali pula antum berpuasa di siang hari atau memberikan taujih rabbani kepada orang lain, lalu di malam hari antum tertidur lelap berbuat maksiat?

Ya Allah..bagaimana mungkin aku bercita-cita untuk menggapai redhaMu sedangkan aku amat tahu akan keadan diriku sendiri. Ampuniku Tuhanku. Allahumma innaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa 'fu 'anni!

Akhi, di tengah gelapnya malam, di tengah dinginnya malam, di tengah senyapnya malam, tahukah antum bahawa ada lelaki yang lama tegak dalam rakaat tahajjudnya, atau ada wanita khusyu' berwajah syahdu berurai air mata yang tersungkur sendu di atas sajadahnya.

Akhi, ikutilah jejak langkah mereka! Hiasilah malam-malammu seperti mereka berzikir dan tetap dalam ketaatan kepada Rabbnya! Bacalah Qur'an seperti mereka!Sedih dan sendu berhiaskan isak tangis khauf kepada Rabb mereka.

Lembutkanlah hatimu seperti lembutnya hati mereka! Ikhlas, sentiasa hanya mengharapkan keridhaan Rabb mereka. Alahai betapa sucinya... Jadikanlah cintamu seperti cinta mereka! Tiada terbagi sedikit pun untuk harta, tahta dan wanita.
Akhi, mahukah antum seperti mereka?

*olahan email yang diterima dari abang seperjuangan

04 January 2010

Salam Imtihan..

Bittaufiq wannajah ditujukan kepada semua mahasiswa Jamiah Mu'tah, seterusnya mantiqoh-mantiqoh lain seJordan yang akan menghadapi imtihan akhir bermula minggu ini..Allahu nnajjihna fil imtihan, insya Allah..


Tips sket..


~ Anda perlu memilih masa yang sesuai untuk belajar@i'adah


~ Gunakan masa keemasan anda sebaiknya


~ Berikan tumpuan kepada semua mata pelajaran


~ Disiplinkan diri, lawan kehendak yang negatif


~ Bermuroqobah, dekatkan diri padaNya, berdoa, bermunajat mengadu padaNya..
(p/s: setiap masa, bukan hanya musim imtihan,,ibadah tidak bermusim...aiwah)


~ Tawakkal menyerahkan segala urusan padaNya




perbanyakkan mengingati Allah..imtihan muhasabah utk kita


Insya Allah, di sana ada kejayaan..."Allahuma najjihna fiddunia wal akhiroh"..





" Minda kita adalah seperti payung terjun, Ia hanya berfungsi sekiranya ia terbuka."

kalaulah aku...

Kalaulah aku pohon merimbun
akan kupayungi insan kerdil
dari panas, hujan dan embun


Kalaulah aku pohon berbuah lebat
akan kugugurkan buah manis dan lazat
untuk insan kerdil yang memang berhajat


Kalaulah aku air mengalir tiada putusnya
akan kubiarkan insan kerdil kehausan
meneguk daku sepuas-puasanya
dan
kalaulah aku hailintar ganas
akan kulibas semua insan
kejam yang selama ini menindas
agar hancur berkecai ditelan bumi


Alangkah bahagianya kehidupan
kalau semuanya saling bergandingan
tiada penindasan
tiada pertelingkahan
tiada penipuan


Kalaulah keamanan dan keadilan
dapat ditegakkan
nescaya bersinarlah cahaya kedamaian


Puteh Hashim Kajang, 1 Mac 1998

Ada sebagai tanda jadi..

Pejam celik-pejam celik dah nak habis satu semester berada di rantauan ini, pelbagai kenangan indah di tanah air sememangnya tak dapat dilupakan, bahkan disemadikan dalam diri, menjadi pengubat rindu pada waktu-waktu yang diperlukan.

Alhamdulillah, Permata melalui Biro Kebajikan n Penempatan telah menganjurkan gotong-royong memasak bubur asyuro, hadafnya semata-mata untuk mengeratkan ukhwah di kalangan ahli, kekangan masa dengan jadual pengajian di jamiah, tambah pula fatrah imtihan akhir sekarang ini menyebabkan masing-masing sibuk, program sebeginilah sudah tentu dapat menyatukan kembali mahasiswa2 di sini, secara tidak langsung mengubat kerinduan pada bubur asyuro yang pernah dirasai di Malaysia. Memang la rasanya agak berbeza dengan bubur 'suro' di tanah air, tetapi sekurang-kurangnya dapat rasai, ubati rindu yang terbuku di hati..ada sebagai tanda jadi kata orang..('',)


kacau, jangan tak kacau..kacau sampai likat


Tahniah kepada pihak penganjur..terutama sekali Che Karem selaku pengarah bubur 'suro' kali ni..mazbut..


Amir, Che Karem, Syuk..pakar kacau bubur..

Kita jumpa lagi tahun depan dengan bubur 'suro' yang lain..

03 January 2010

Seminar takhrij hadis pertama..

Alfu mabruk di ucapkan kepada pihak penganjur seminar, Biro Akademik Permata di atas penganjuran julung-julung kali ini..mudah-mudahan menjadi perintis untuk penganjuran seumpama ini pada masa akan datang. Pastinya program ini meningkatkan thaqofah dan pengetahuan ahli-ahli berkenaan ilmu hadis yang telah sedia maklum sebagai sumber kedua selepas Al-Quran.

Antara yang telah dibentangkan ialah ringkasan ilmu Ulum Hadis, bayangkan pengajian Ulum Hadis yang memakan masa selama satu sem (beberapa bulan) di jamiah dibentangkan hanya selama tidak lebih dari dua jam! Betapa ringkas dan padat pengisian yang dibawakan..jazakillah kepada ustazah yang berkongsi membentangkan, mudah-mudahan dibalas dengan selayaknya.


LDK takhrij hadis

Ustaz Afiq selaku bendahari MPPMJ mengisi untuk slot 'Memahami dan Menyingkap Ilmu takhrij Hadis sesuai dengan kefaqihannya dalam bidang ini. Dijelaskan begitu daqiq dan telitinya ulama muhaddithin dalam mengistinbatkan sesuatu hadis.

Apakah itu Takhrij Hadis ?

Takhrij hadis sebenarnya dapat diertikan dalam beberapa erti dan yang paling terkenal adalah seperti berikut:

1. Al-istinbat (mengeluarkan)
2. At-tadrib (meneliti, melatih)
3. At-tawjih (menerangkan, memperhadapkan).

Menurut istilah:Perkataan takhrij memiliki beberapa erti :

1. Menjelaskan hadith pada orang lain dengan menyebutkan para periwayatnya dalam sanad hadis dengan metod periwayatan yang mereka lakukan. Pengertian ini merupakan salah satu kegiatan yang telah dilakukan oleh para periwayat hadis yang menghimpun hadis ke dalam kitab hadis yang disusun oleh mereka masing-masing misalnya Imam Bukhari dengan kitab sahihnya.

2. Mengeluarkan dan meriwayatkan hadis dari beberapa kitab.

3. Menunjukkan asal-usul hadis dan mengemukakan sumber pengambilannya dari pelbagai kitab hadis yang disusun oleh para mukharrijnya dan mengisbatkannya dengan cara menyebutkan metod periwayatan dan sanadnya masing-masing.

4. Menunjukkan tempat hadith pada sumber-sumber aslinya, di dalamnya dikemukakan hadis itu secara lengkap dengan sanadnya masing-masing kemudian menjelaskan darjatnya jika diperlukan.

Kesimpulannya secara ringkas, ilmu takhrij bermaksud ilmu yang membahaskan usul-usul dan metodologi yang memudahkan ataupun pengetahuan terhadapnya membolehkan untuk menjejaki tempat-tempat terletaknya hadis, mutabaat, syawahid, sama ada terletak pada rujukan asal, menyerupai asal atau tidak serta mengetahui martabat hadis sama ada diterima atau ditolak.

Tuan Presiden khusyu' berbincang

Kertas kerja 'Fiqh dan Hadis : Antara Penilaian dan Teladan Ilmu yang dibentangkan oleh Ustaz Syahrul Ifwat menjelaskan bahawa ilmu hadis dan fiqh sememangnya tidak dapat dipisahkan bahkan selari keduanya, buktinya imam-imam mazhab seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal menguasai kedua-dua bidang ini.

Jazakumullah khairal jaza' ditujukan kepada semua pembentang kertas kerja, pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan seminar penting ini. Selayaknya Dialah yang akan membalas segala pengorbanan kalian..Wallahu a'lam.