Jaringan Ukhwah

30 December 2009

Menyelami Khazanah Hadis Nabi SAW...

Satu seminar berkaitan hadis yang bertemakan ' Menyelami Khazanah Hadis Nabi SAW ' akan dianjurkan oleh Biro Akademik, Persatuan Mahasiswa Mu'tah (PERMATA), maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Puskma

Marilah kita semua merebut peluang yang tersedia, isi waktu cuti hujung minggu dengan majlis ilmu, mudah-mudahan di sana ada barokah..Insya Allah..

Pakat-pakat gi blako ya !!

Tahniah diucapkan kepada Ust Muhammad selaku pengarah seminar ini, beliau ni rakan serumah saya, Dar Muttaqin...mabruk....('',)

(kredit utk Dar Muttaqin)




Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda :


" Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya, sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang faqih tentang hal agama "
(riwayat Ibnu Majah)

28 December 2009

Awas..barangan syubhah di sekeliling anda !

Alhamdulillah, semaksimum kesyukuran dipanjatkan padaNya kerana sehingga saat ini kita masih lagi mengecapi iman dan Islam, di samping segala macam nikmat lain yang tak terhitung banyaknya, kita bernafas, melihat, mendengar, berkata2, makan dan minum semuanya meminjam dariNya..

Cuba pula kita merenung ke dalam diri kita, bagaimana kewajipan terhadapNya, betul2 terlaksana? atau terpaksa dilakukan? mungkin dalam keadaan malas, tak bersungguh2 atau mungkin juga sekadar melepaskan diri?...tepuk dada, tanya iman..(muhasabah utk kita bersama)

Entri kali ini berkisar dengan barangan keperluan kita seharian, di sana ada pelbagai barangan haram, syubhah yang digunakan dalam menghasilkan makanan, barangan kosmetik, sabun, syampu dan lain-lain. Ummat Islam pada hari ini terpaksa menggunakannya kerana tiada alternatif lain atau kalau ada sekalipun harganya agak mahal berbanding barangan tersebut.

Permasalahan ini sudah lama dibincangkan dan menjadi perbahasan para ulama', ustaz..hasilnya pada hari ini timbul syarikat-syarikat industri muslim yang mengeluarkan barangan yang halal sebagai alternatif kepada pengguna Islam sekaligus membuka ruang pekerjaan kepada ummat Islam di Malaysia.

Setelah mendengar ceramah berkaitan makanan syubhah yang disampaikan oleh pengasas IMP Tuan Haji Ahmad Tajuddin semalam, langsung di fikiran saya untuk menulis entri kali ini, terasa bagaikan satu tamparan hebat, mana tidaknya selama ini telah pun 'kalis' menggunakan barangan yang haram dan syubhah, lebih-lebih lagi semenjak berada di Jordan ni, hampir kesemua barangan makanan mengandungi kod E, kod E adalah E- bererti EC (European communities) iaitu kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif dalam makanan. Kod ini ada yang diklasifikasikan sebagai halal, syubhah dan haram.

Sayugia atas kita memilih makanan yang jelas halalnya, lebih-lebih lagi pelajar, mahasiswa dan sekalian penutut ilmu. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dan tidak mungkin otak yang berfungsi hasil dari pemakanan dapat menerima segala pembelajaran dengan baik. Ia juga berkait rapat dengan pembinaan akhlak, cuba lihat hari ini betapa parah gejala sosial dan keruntuhan moral khususunya di kalangan remaja Islam, sudah tentulah salah satu puncanya adalah sumber makanan yang tidak diketahui statusnya. Dari sudut saintifiknya, pelbagai mudharat yang timbul hasil dari makanan ini.

Islam begitu menitik beratkan soal makanan, Allah swt telah berfirman, maksudnya:

" Wahai manusia, makanlah dari (makanan) yang halal lagi baik yang terdapat di muka bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu "

(Al-Baqarah,168)

" Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya "
( Al-Baqarah,172)

" Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman "
(Al Maidah,88)

" Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata "
(An Nahl,114) 



" Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutny a, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik "
(Al An'aam,121)



Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.

Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui hubungan iman dam akidah. Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya. Sabda nabi saw :



عن ابو عبد الله النعمان بن بشير سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌمِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِيالحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم


Maksudnya: Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat lmam Bukhari dan Muslim)

Janganlah mengambil mudah tentang makanan kita, setiap yang dimakan pastinya menjadi darah daging, setiap daging yang tumbuh dari sumber dan makanan yang haram maka nerakalah yang lebih utama dengannya.

Apa pendapat anda?










26 December 2009

Sekitar Kelebihan Bulan Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم




Bulan Muharram adalah di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Hijrah.Setiap bulan dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:


"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)


Empat bulan yang dihormati "arba'ty haram" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Oleh itu, bulan Muharam ini adalah bulan untuk kita berlumba-lumba meraih kebajikan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya menشnam azam, memperbaharui tekad, dan menambahkan bekalan sebagشi persediaan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang abadi untuk bertemu Allah SWT.


Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang amat bersejarah dalam Islam, iaitu Hari 'Asyura'.Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda saw :


"Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)


Dari Aisyah r.a. katanya :


"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)


Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Sabda nabi saw : "Sekiranya aku masih hidup sehingga tahun hadapan nescaya aku akan puasa pada hari kesembilan (Tasu'a') dan hari kesepuluh (Asyura'). (Hadith Riwayat Muslim).





Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita berpuasa dan merebut segala peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di hadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

25 December 2009

Coretan hati..

Assalamualaikum wbt.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt atas segala limpahan kurniaanNya,diberikan kekuatan untuk kembali menulis, berkongsi serba sedikit, mudah-mudahan usaha ini tidak sia-sia..Insya Allah..

Agak lama tidak menulis, seminggu yang lalu duk berperang ngn imtihan, internet pun 'brona' kat rumah, Alhamdulillah habis exam, Dia aturkan agar internet kembali berfungsi..dapat la mencoret serba sedikit, blaja2 orang kata..asykuru ilaika Ya Rahman..

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar dah 4-5 bulan merantau kt bumi syuhada' ni..merenung ke dalam diri, tilik jiwa dan hati, tertanya2..target apa yg tlh tercapai, tujuan mne yg dh brjaya digapai? hanya empunya diri yang tau ada jwpnnya..

Ku mohon padaMu Ya Allah agar dikuatkan hati ini, dibentangkan jalan yang lurus agar mudah tekad dan azam itu terlaksana..Ya Allah, permudahkanlah jalan ini untukku..

13 December 2009

Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Ust. Arman

Assalamualaikum wbt..

Sama-sama kita sedekahkan alfatihah untuk arwah Ust Arman, Atase Pendidikan MSD Jordan yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam..Sembahyang jenazah telah diadakan di rumah Pengarah Msd Jordan, Ustaz Sulaiman tengah hari semalam dan tahlil arwah diadakan pada malamnya...mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para solihin..amin.

Sekalung takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau, semoga ditabahkan hati untuk menerima ujianNYA ini..Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Maksud hadis nabi saw :

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo’akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya” (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad).

22 November 2009

Masa Ibarat Pedang!

Assalamu'alaikum wbt...

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana hingga saat ini kita masih lagi dikurniakan pelbagai nikmat, sama ada kita sedari atau tidak, Iman dan Islam merupakan nikmat yang terbesar, nikmat teragung, yang membezakan antara hamba yang beriman dan sebaliknya, hamba yang bersyukur dan kufur.

Begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik kita telah pun berada pada bulan Zulhijjah, bulan yang terakhir tahun 1430 Hijrah..bermakna nabi Muhammad SAW telah pun meninggalknan kita lebih kurang 1430 tahun yang lalu, pelbagai jerih perih, pahit getir yang baginda lalui semata-mata untuk menyampaikan risalah suci, mengajak manusia dari menyembah sesama makhluk kepada menyembah Tuhan Yang Esa, yang menciptakan segala-gala..sollu 'alannabi..sama2 kita berselawat atas baginda SAW..

Para tetamu Allah..

Sayugianya kita merebut segala peluang dan kelebihan yang ada pada bulan ini. Zikir, tahlil, selawat ke atas baginda SAW, bersedekah, infaq harta dan segala macam amalan kebaikan seharusnya kita lazimi khususnya dalam bulan ini seterusnya pada bulan-bulan yang akan datang kita istiqomah dengan amal-amal soleh tersebut, berterusan menjadi hambaNya yang bersyukur. Dalam erti kata yang lain, kita beribadah tidak bermusim di samping menjauhi segala amalan keburukan dan kemaksiatan kepada Allah SWT sehinggakan segala perbuatan harian dikira sebagai ibadah..Insya Allah..

Mafhum hadis Nabi s.a.w : "Tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya: "Adakah jihad fisabilillah (didalam hari yang selain sepuluh terawal Zulhijah) tidak boleh menandingi amalan (selain daripada jihad) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut. "Nabi bersabda : Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya". (hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah tentang kelebihan, manfaat dan peluang yang terbuka luas didepan mata..Bagi yang mata hatinya tidak kabur, pasti segala peluang dan ruang ini digunakan sepenuhnya..

Perbanyakkan membaca al-Quran

Berdoa, bermunajat padaNYA..


Zikrullah..perbanyakkan..

Selamat menunaikan ibadah haji kepada para hujjaj..selamat beribadah kepada yang tidak berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ni..mudah-mudahan kesungguhan kita beribadah menjadi saksi bahawa kita juga bersungguh-sungguh beribadah sebagaimana mereka...Wallahu a'lam..

17 November 2009

! لبيك اللهم لبيك.... الله يبارك فيكم أيها الحجاج

Alhamdulillah..saya mendapat khabar baik dari Malaysia..Umi dan ayah berpeluang menunaikan haji tahun ni, mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan, selamat pergi, selamat balik seterusnya dikurniakan haji mabrur.

Sebenarnya baru minggu lepas diinformkan oleh pihak Tabung Haji, sepatutnya tak dapat pergi lagi tahun ni..tapi semuanya DIA yang aturkan..asykuru ilaika Ya Allah.. Pemergian ibu bapa saya kali ini adalah untuk mengerjakan upah haji. Ayah diminta oleh ahli qaryah masjid untuk mengerjakan upah haji arwah orang tuanya manakala umi pula untuk arwah mak cik saya yang tidak berpeluang mengerjakannya , sepatutnya tahun ini tetapi Allah lebih awal memanggil hambanya itu..semoga beliau ditempatkan bersama para solihin..amin..

Saya memohon pembaca sekalian agar mendoakan keselamatan, kemudahan semasa mengerjakan haji untuk ibu bapa saya dan seluruh jemaah haji pada tahun ini. Semoga Allah mengaturkan yang terbaik untuk para jemaah haji dan menerima ibadah haji mereka dengan mengurniakan haji yang mabrur..amin..


Para jemaah haji melakukan tawaf di Baitullah..

Seruan haji....

Maksud firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 27-30 :

27. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus , mereka datang dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

28. "Agar mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu ( hari raya Haji dan hari Tasyriq), kerana kurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban). Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah dan fakir miskin.

29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya (yang dimaksudkan di sini ialah memotong rambut, kuku dll) dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan melakukan tawaf Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".

30. " Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan mengagungkan apa yang terhormat di sisi Allah (hurumat : maksud pada ayat ini ialah bulan Haram ; Muharam, Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah), maka itu lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu semua haiwan ternak, kecuali yang diterangkan kepadamu (keharamannya), maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhaka yang najis itu dan jauhilah perbuatan dusta.

Daripada ayat ini jelaslah kepada kita bahawa ibadah agung ini mempunyai seribu satu hikmah dan pengajaran di samping ianya merupakan tuntutan fardhu kepada yang mampu..

Kepada umi dan ayah yang akan berangkat ke Tanah Suci pada hari Jumaat (20.11.09), selamat menunaikan ibadah haji..begitu juga kepada muslimin muslimat jemaah haji sekalian..

Siru a'la barakatillah..


Mekah
al-Mukarramah


Kaabah : Simbol perpaduan ummat Islam


Gambar lama Kaabah dari dalam


Gambar terkini Kaabah dari dalam




Kunci terkini pintu Kaabah


Hajarul aswad

Hijir Ismail

Makam Ibrahim


Madinah al-munawwarah


Masjid Nabawi pada waktu siang.

Bergemerlapan;Masjid Nabawi pd waktu malam.


Raudhah (antara mimbar dan makam nabi)

14 November 2009

Apa khabar akhlakmu wahai para DA’IE ?

Bila kita sebut tentang akhlak mulia,pasti terkenang akan zaman kecik-kecik dahulu,mak ayah sangat menekankan anak-anaknya supaya berperangai elok,berfi’el mulia,sebagai contoh bila lalu di hadapan orang yang lebih tua atau tetamu,bongkokkan sedikit badan,menandakan begitu menghormati mereka. Alhamdulillah, ianya menjadi salah satu adab sopan dan amalan dalam masyarakat Melayu.

Zaman sekarang lain jadinya,didikan tidak formal ini sedikit sebanyak makin dilupakan,hasil dari pengaruh segala macam doktrin yang masuk ke dalam minda dan jiwa masyarakat,mungkin juga mak ayah masing-masing sibuk. Bukan hanya di bandar-bandar besar, malah di kampung juga,bahkan kadang-kadang di kampung itu lebih teruk.

Para Daie…

Sayugianya bagi kita semua melazimi diri untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia lebih dahulu daripada orang lain,masyarakat dan seluruh mad’u kita. Sudah pasti nanti batang tubuh para daie dijadikan tilikan, teladan untuk masyarakat mencontohinya. Menjadi satu keaiban andai kata masyarakat memandang serong kepada para daie,ustaz,ustazah disebabkan akhlak yang tidak sepatutnya ada pada diri mereka.


Apa ada pada akhlak?

Akhlak mulia adalah natijah daripada iman yang terhunjam di lubuk hati. Orang yang sempurna imannya mesti sempurna akhlaknya. Sebaliknya orang yang runtuh akhlaknya menunjukkan atas keruntuhan iman yang ada di dalam dadanya.

Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim kerana hakikat iman apabila wujud di dalam hati, ia akan dapat memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang. Orang yang beriman bahawa Allah SWT itu mengetahui segala perbuatannya dan akan membalasnya pada hari kiamat nanti, sudah pasti ia tidak berani melakukan sebarang maksiat,sama ada terhadap Allah ataupun mengkhianati sesama makhluk. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda:

" لا إيمان لمن لا أمانة"

Ertinya : “ Tidak ada iman (tidak sempurna iman) bagi orang yang tidak ada sifat amanah pada dirinya ”.

Dengan demikian maka kita mendapati Rasulullah SAW adalah orang yang paling sempurna imannya. Ini adalah berdasarkan kepada kesempurnaan akhlaknya dan keperibadiannya yang tinggi. Jadi manusia yang paling tinggi tingkatan keimanannya ialah manusia yang paling tinggi akhlak dan budi pekertinya, sehingga bila mana Ummul Mukminin, Sayyidatina Aisyah R.A ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, maka beliau menjawab:

(كان خلقه القران " ( رواه مسلم "

Ertinya : “ Adalah akhlak Rasulullah SAW itu al-Quran ”.

Maksudnya Rasulullah SAW adalah memiliki akhlak yang paling tinggi seperti yang diterangkan di dalam al-Quran kerana baginda telah mengamalkan segala sifat-sifat kemuliaan yang telah diperintahkan di dalam al-Quran dan baginda telah meninggalkan segala sifat kecelaan yang telah dilarang di dalam al-Quran. Pastinya baginda merupakan contoh yang hidup kepada segala akhlak mulia yang dikehendaki di dalam al-Quran.Ketinggian dan keagungan akhlak baginda SAW telah diakui kawan dan lawan seperti yang banyak disebut dalam riwayat hidupnya, Allah SWT juga mengakui, firmanNYA :

(وإنك لعلى خلق عظيم" ( سورة القلم :4"

Maksudnya : “ Sesungguhnya engkau (Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung”.

Oleh kerana itu maka Allah SWT menyuruh kita, lebih-lebih lagi para daie,ustaz dan ustazah untuk mengikuti akhlak Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai ikutan dan teladan. Firman Allah SWT :

( لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة " ( سورة الأحزاب : 21 "

Maksudnya : “ Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu ikutan yang baik ”.

Dan Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan yang demikian itu dalam sabdanya :

" إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق"

Ertinya : “ Sesungguhnya aku diutuskan (oleh Allah SWT) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ”.

Jadi jelaslah bagi kita tujuan Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT adalah untuk mengajarkan ummatnya akhlak yang mulia,sama ada terhadap Allah SWT mahupun sesama makhluk. Saya yakin diri yang bergelar daie, ustaz dan ustazah telah pun memiliki, melazimi akhlak ini, mudah-mudahan catatan ini dapat dijadikan peringatan, tazkirah untuk diri saya dan para pembaca sekalian…Wallahu A’lam.

10 November 2009

Lepasan DQ di Mu'tah..

Alhamdulillah..segala puji-pujian dirafa'kan setingginya ke hadrat Allah SWT, Dia kurniakan pelbagai nikmat kepada kita sehinggakan kadang-kadang kita terlupa bahawa segala kemudahan,kesenangan berasal dariNYA.

Kita akan mengingatiNya andai ditimpa musibah,masalah yang membelenggu kita,mujurlah kekadang Dia timpakan kita musibah,masalah dll untuk kita kembali merasakan bahawa Dia lah Tuhan yang memiliki segala-galanya..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW....

Agak menarik rasanya kami adik beradik lepasan DQ dapat berkumpul jauh di bumi syuhada’,saling bertaaruf merapatkan ukhuwwah,mengikat hati dengan tujuan yang sama,kenangan indah ini pastinya sentiasa diingati,mudah-mudahan menjadi inspirasi untuk kami semua.

Darul Muttaqin sekali lagi memainkan peranannya sebagai wasilah mencapai TAQWA,,liqo’ ini sempena kunjungan abang kami,Ust Hafizullah(DQ 2005) yang dalam perjalanan untuk kembali ke Syria setelah pulang ke tanah air, lebih mesra dipanggil Abang Pejo, beliau singgah sekejap di Jordan untuk lebih mengenali adik-adiknya di sini,saya pun inilah kali pertama bertemu mata dengan beliau.

Tanda hati yg hidup;gemar mendengar peringatan..

Banyak taujihat dari orang lama ini khususnya untuk kami pelajar2 yang baru mengenali tanah arab, semata-mata sebagai bekalan untuk kami menghadapi cabaran pengajian di sini. Mungkin saya boleh kongsikan sedikit mutiara-mutiara hikmah Abang Pejo ;

  • Tajdidkan niat, niat amat penting, yang akan menentukan hala tuju tholib ilmu,bila dipasak betul-betul, terhasillah tholib ilmu yang beramal dan amanah dengan ilmu.
  • Akhlak menjadi tunjang individu muslim,akhlak Islamiah selayaknya untuk penghafaz Kalamullah yang saban hari membaca dan mengulanginya,yang sememangnya mengidamkan rahmatNYa, syurgaNya.
  • Membina batang tubuh muslim, jika disuluh nampak padanya taqwa,akhlak sempurna, layak untuk masyarakat mengikutinya.
  • Membiasakan diri dengan majlis-majlis tarbiyyah,pengubat hati dari mati.
  • Persatuan sebagai wasilah untuk memperbaiki diri.
Bergambar kenangan ngn Abang Pejo(4 dari kiri)

Inilah sebahagian nasihat,taujihat yang disampaikan kepada kami. Semoga perjalanan kami dalam mencari ilmuNya dipermudahkan..amin..Pastikan dalam setiap diri kita ada perasaan untuk memiliki hati yang sentiasa lembut,suka untuk mendengar peringatan,kerana itulah hati yang sempurna..(Qalbun salim)...Wallahu A'lam..

09 November 2009

Kembali juga akhirnya..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji dan puja dipanjatkan dengan sebanyak-banyaknya ke hadrat Ilahi, di atas limpah kurnia yang diberikan kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar yang tercinta, Nabi Muhammad, Rasul dan hambaNya. Juga ke atas para sahabat, ahli keluarga baginda, para Tabi'en, dan mereka yang terus menerus berada di atas jalan yang benar serta seluruh pendokongnya hingga datangnya hari pembalasan.

Akhirnya,sempat juga singgah ke laman ini mengupdate blog yang sudah lama dibiarkan menyepi,kosong tak terisi. Saya merasa terpanggil mengisi sedikit kekosongan masa yang ada untuk membersihkan sedikit debu2 yang sudah mula menebal di laman ini.Walaupun kini kami dalam fatrah imtihan,saya cuba gagahkan diri juga untuk merenung,berfikir dan seterusnya menaip.

Banyak faktor yang menyebabkan saya membiarkan laman ini agak lama sepi,antaranya kami baru berpindah ke rumah baru, Darul Muttaqin,internet kat rumah ni pun perlu didaftarkan.Lebih kurang seminggu selepas didaftarkan baru boleh digunakan.Maka saya menggunakan alasan ini untuk lama menyepi,padahal teman serumah yang lain dah lama bertukar ganti post..(“,)

Bertitik tolak daripada tujuan asal membuat blog, saya akan berusaha untuk meneruskan kesinambungan menulis blog ini hingga ke akhirnya…Insya Allah.

Awal musim sejuk;ahli Darul Muttaqin brgmbar kenangan ngn sahabat dari Irbid,Firdaus(baju merah) n Khairi(duduk) dari Syria.

21 September 2009

Raya di perantauan..

Assalamualaikum wbt..minal aidin wal faaizin,kullu am wa antum bikhoir diucapkn kepada seluruh ummat Islam,semoga raya kali ini merupakan hari kemenangan yang amat bermakna bagi kita.Mudah-mudahan kita memperoleh taqwa hasil tarbiyyah selama sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu.Taqwa inilah juga yang akan menjadi bekal untuk kita mendepani bulan-bulan yang akan datang,Insya Allah.



Inilah kali pertama saya beraya di perantauan nun jauh di bumi anbiya',tempat syahidnya 3 panglima ghuzwah Mu'tah.Terasa juga sayu tatkala beraya tanpa umi ayah dan keluarga di sisi,namun demi matlamat ilmu saya gagahkan hati ini.Terkenang akan semangat dan pengorbanan para ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu.Hebat!Mereka memang hebat,hemah mereka tinggi,hasilnya lahirlah Imam-imam mazhab yang empat,Imam Nawawi dan ramai lagi.



Berbalik pada cerita idulfitri,pelbagai persiapan dibuat untuk hari kemenangan ini.Inilah cara untuk mengubat kerinduan pada tanah air yang baru ditinggalkan kira-kira dua minggu.Kerinduan pasti terubat dengan nasi kapit Perol,satay Bandar,rendang Ket dan lontong DBH.Pengalaman baru sebagai anak rantau kerana kesemuanya dihasilkan bersama adik beradik seperjuangan,,marveleous!





Allahumma taqabbal minna! Ya Allah,terimalah ibadah puasa kami sepanjang Ramadhan yang lalu,berilah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah beribadah padaMu,jadikan kami hambaMu bukan hamba Ramadhan.Kurniakn kami taqwa hasil didikan Ramadhan.