Jaringan Ukhwah

12 February 2011

12 Februari 2011: Berundurnya Mubarok Ketika Syahidnya Al-Banna

Hari bersejarah !

Para pendokong keadilan Mesir  dan seluruh dunia turut bersujud mengucapkan syukur. Mereka memperoleh kemenangan setelah 18 hari berkumpul di Dataran Merdeka, meninggalkan segala kerja buat demi satu tuntutan, mendesak hak-hak mereka selama ini diserahkan. 

Penindasan dan kezaliman berlangsung selama 30 tahun, wang negara tidak dialirkan kepada awam, alim ulama' disumbat ke jeriji besi agar kebiadapan Mubarak tidak diberikan peringatan dengan ayat-ayat Allah Yang Maha Besar. Tempoh 3 dekad ini jugalah menyaksikan pelbagai ancaman, seksaan dan ugutan terhadap Ikhwanul Muslimin rentetan dari pembunuhan terancang Hasan Al-Banna.

Mungkin antara diktator terkaya dunia (70 bilion)

Maka, rakyat bangkit dan menumbangkan diktator yang menjadi tali barut kepada Israel, pada tangannya ada darah dan air mata duka umat Islam Palestin. Dia memudahkan punca kewangan ke Israel dan menutup kemanusiaan ke Palestin, hadiah dari persahabatan ini adalah kekayaan berjumlah 70 bilion!

Hari ini 12 Februari 2011,  Mubarak telah meninggalkan Kaherah dan Naib Presiden, Omar Suleiman telah mengumumkan peletakan jawatan secara hina diktator tua itu. Tanggal ini jugalah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna syahid dalam pembunuhan terancang oleh kroni dan anak beranak taghut ini. Mubarak berundur dalam keadaan dihina, dicemuh, dikeji rakyat sedangkan Al-Banna memperoleh syahid tanda kemenangan perjuangan beliau. Beliau hidup di sisi Tuhannya!

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 
[Ali- 'Imraan : 26]

Jumaat dalam sejarah,2 juta diimamkan oleh seorang Imam..

1 comment:

Muhammad Izzuddin said...

Assalamualaikum bang yie.

Sungguh bersyukur Allah menghina kembali Hosni Mubarak atas kekejamannya di masa dulu. turut melafaz syukur dek lembut dan tersentuh hati melihat 3 juta rakyat Mesir bersatu padu menentang kezaliman.Ini baru 3 juta.

Cuba bayangkan jika..

Jika 18 Trillion umat Islam bersatu menentang Israel dan sekutunya, adakah mustahil Ilam akan berkuasa kembali.?
Sungguh kebangkitan Islam semakin dekat..

Allahuakbar..!