AL-Quran banyak mengisahkan perihal anak muda yang menjadi tauladan. Ashab al-Kahfi, ghulam dalam kisah Ashab al-Ukhdud, "rijal" yang menyempurnakan janjinya dengan Allah s.w.t. dengan menginfaqkan jiwanya ke jalan perjuangan seperti yang dikisahkan dalam surah al-Ahzab dan banyak lagi kisah-kisah anak muda yang terpapar dalam al-Quran sebagai panduan hidup kita hari ini.
Rasulullah s.a.w. juga memberi kredit kepada golongan anak muda apabila menyatakan bahawa perjuangan baginda banyak didokongi anak muda dan dikongkongi kebanyakan orang tua. Banyak juga hadis-hadis yang menceritakan perihal anak muda. Antaranya hadis berkaitan 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah s.w.t. pada hari Qiamat yang juga menyebut berkaitan anak muda. Bahkan dalam nasihat baginda, salah satu dari lima perkara yang diingatkan adalah berkaitan "pergunakan masa muda kita dengan sebaiknya sebelum sampainya masa tua".
Sekadar gambar hiasan
Sejarah dunia juga membuktikan kehebatan golongan anak muda. Misalnya kehebatan anak muda, Sultan Muhammad al-Fateh yang menyempurnakan hadis nabi selepas 800 tahun dengan membuka Constantinople serta kehebatan baginda memerintah empayar Uthmaniyyah dengan jayanya. Benua kecil India juga pernah dibuka oleh Muhammad bin Abu Qassim yang merupakan seorang panglima muda. Lanskap politik dan pemerintahan dunia juga pernah didokongi oleh anak muda termasuk revolusi-revolusi besar seperti di China, Iran, Indonesia, Algeria, Thailand, Malaysia dan sebagainya.
Terlalu banyak ungkapan-ungkapan yang memberi pengharapan kepada anak muda. Antaranya, proklamasi dari pemimpin ulung Indonesia Bung Karno yang berbunyi, "berilah aku seratus orang pemuda, nescaya aku akan mampu menggoncangkan dunia. Tetapi sekiranya aku diberi seribu orang tua, nescaya tewaslah aku". Begitu juga ungkapan biasa yang selalu dijadikan pegangan anak muda di Malaysia iaitu "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Mengapa pemuda? Abdullah Nasih Ulwan menjawab, kekuatan anak muda ialah fizikal yang kuat, cita-cita yang tinggi, semangat membara serta idealisme yang hebat.
Anak muda tidak boleh melupakan tugas-tugas kekhalifahan. Mari kita renung ayat 31 surah al-Baqarah, setelah Allah s.w.t. menjelaskan dalam ayat sebelumnya bahawa Dia akan menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Allah s.w.t. memberikan satu kelebihan kepada Nabi Adam iaitu "ilmu" yang lebih luas. Maka, falsafah ayat ini yang boleh diambil intipatinya, "ilmu"adalah salah satu senjata ampuh yang perlu dikuasai anak muda hari ini bagi menyempurnakan tugas kekhalifahan.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”
Anak muda menuntut kebebasan akademik
Ilmu itu terlalu luas. Aktiviti-aktiviti keilmuan itu juga terlalu subjektif. Maka jangan kita lepaskan peluang di mana sahaja kita jumpainya. Salah satu kata-kata Bapak Natsir yang boleh dijadikan panduan anak muda ialah :
“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul ditengah-tengah kumpulan masalah, menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat”
Dari seorang anak muda sehinggalah sekarang,beliau masih setia berkhidmat utk ISLAM!
Ayuh anak muda, kita cipta idealisme, kita semarak kebangkitan kerana kita adalah generasi harapan. Jangan hanya memikirkan soal diri sendiri semata-mata kerana masa depan agama dan negara akan terpapar dengan gambaran gerakan dan hidup kita hari ini.
Sumber : Ust Mohd Idris Yussof
4 comments:
Nahh anak muda....
pemuda melangkah gagah,
alang-alang mandi biar basah,
nyiur gading puncak mahligai,
sayang ketupat berisi inti,
biar hancur tubuh tulang berkecai,
kerna ISLAM kami sanggup mati..
takbirr..!! :)
selamat menghadami erti ashabul ukhdud iya ustadz..
ana doakan berjaya fiddunya wal akhirah..arbatan zaujh kulluh bikran laisa sai'iyibun..assif sekadar penguat tasyji' :)
to ibn suhaimi :
Masya Allah alaik...quwayyis jiddan..
Pemuda harapan agama,pemudi tiang negara..
hiya jottumah.blogspot.com owner discovered your blog via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your website http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com
Post a Comment