Jaringan Ukhwah

13 February 2012

Tangisan Syria

Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. 
Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:

Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri

Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.

Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.

Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.

Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini

Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim,

sumber:BERNAMA
Generasi kebangkitan masa depan dibantai, dibunuh, dibedil ! Solah Khalid adalah di antara kanak-kanak Syria yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman bintang Bashar Asad laknatullah semalam.

Kekejaman yang bagaimana lagi yang mahu kita lihat agar dapat mengetuk hati-hati kita untuk cakna berkenaan isu yang berlaku di syria sekarang? Tepuk dada tanya iman masing-masing. Ya Jabbar, Ya Qawiyy, sebagaimana telah dibinasakan pemuka-pemuka bongkak sombong di dunia ini, maka musnahkanlah Basyar Asad dan sekutunya, setiap hari mereka membantai hambaMu yang beriman ya Allah !
Lagi kanak-kanak yang dianiyai, di mana kamu wahai Muslimin? di mana kamu wahai negara-negara Islam? di mana kamu wahai negara-negara Arab? Ini adalah anak-anak kita yang akan memimpin pada masa hadapan ! Ini adalah ummat yang Habibul Mustofa SAW banggakan ! Jikalau Baginda SAW ada bersama kita pada hari ini, alangkah kecewanya Baginda, ummat Baginda dibiarkan, nyawa tiada guna lagi, kemanusiaan dipijak-pijak !
Satu program dalam televisyen bagi memperingati ulangtahun ke-30 genap berlakunya Peristiwa Berdarah Hama pada 2 Februari 1982. Seorang warga Syria dari Homs yang terselamat dalam peristiwa tersebut tidak dapat menahan sedih apabila mengimbau dirinya pada waktu itu yang masih kanak-kanak. Lebih menyedihkan, katanya selepas peristiwa tersebut pihak kerajaan telah memaksa rakyat termasuk dirinya agar menjulang poster Hafez Al-Asad dalam siri himpunan yang dirancang bagi menyokong kepimpinan Hafez Al-Asad.
"AKU ADALAH ANAK YATIM. HAFEZ (AL-ASAD) TELAH BUNUH DATUK AKU, BASYAR TELAH BUNUH AYAH AKU". Kanak-kanak ini kehilangan datuknya dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Hama 1982 dan Basyar yang membunuh tahun 2011.
"Kamu membunuh kaum yang rindukan syahid" Kamu telah silap wahai Basyar Asad laknatullah !!
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tidak tergerak kah kemanusiaan kita? Tidak terbakar kah hati dan perasaan kita tatkala Muslimin SEAQIDAH dibedil dan dibantai saban hari? Bayangkan mereka semua adalah keluarga kita, ayah kita, ibu kita, adik beradik kita dan anak-anak kita, ingatkah kita pada mafhum sabda Baginda SAW :
" Sesiapa yang tidak cakna dengan urusan Muslimin lain, maka dia bukan tergolong dari mereka (orang Islam) "
Ayuh, kita panjatkan rintihan dan doa kepada Allah SWT setiap waktu, Basyar Asad ini mesti dihukum, kita hukum dengan senjata doa, Allah pasti sentiasa mendengar aduan kita, DIA lah raja kepada segala raja !

No comments: