~ DIA yang menciptakan hidup dan mati untuk menguji antara kamu siapakah yang terlebih baik amalannya ~ (Al-Mulk:2)
Jaringan Ukhwah
28 January 2010
Tahniah tok guru...
Setinggi tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atas inisiatif menghimpunkan pemimpin lima agama utama Malaysia; Islam, Kristian, Budha, Hindu dan Sikh dalam satu majlis muhibbah beserta makan tengah hari di sebuah hotel di Kota Bharu semalam.
Majlis muhibbah ini amat bertepatan dengan situasi ketegangan yang berlaku di Malaysia pada hari ini, hasil dari provokasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab selepas permohonan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu baru-baru ini.
Kita mengharapkan pertemuan seperti ini agar ketegangan di kalangan penganut agama reda, tidak timbul perbalahan, permusuhan dan sebagainya yang boleh menghancurkan keharmonian beragama selama ini. Pertemuan ini membuktikan pemimpin-pemimpin agama yang paham tidak pernah cuba membuat kekacauan yang boleh membangkitkan kemarahan agama lain. Inilah yang Islam anjurkan.
Dipetik dalam harakahdaily harapan Tok Guru selepas pertemuan ini, katanya; "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Tok Guru dan kerajaan negeri kerana mencetuskan satu pendekatan relevan yang baru, pasti ianya pendekatan dakwah berkesan. Alangkah indahnya jika pihak kerajaan pusat juga menggunakan pendekatan bijak dan berhikmah ini, sudah pasti rakyat memahami agama bangsa-bangsa lain di Malaysia.
*gambar: dipetik dari harakahdaily.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment