Jaringan Ukhwah

20 January 2010

Sabar bila susah, syukur bila senang..

Assalamualaikum wbt..

Puji-pujian selayaknya dipanjatkan kepada Yang Maha pemurah, pemilik alam sejagat, penguasa kepada segala penguasa, raja bagi sekalian raja atas nikmat Islam, iman serta segala nikmat tidak terhitung yang lain..apa bukti kita bersyukur padaNya? renung ke dalam diri..post mortem hati..adakah dengan sepatutnya ia berfungsi?

Imtihan niha'ie..

Imtihan niha'ie telah pun melabuhkan tirainya kelmarin, diakhiri dengan subjek Ulum Askari yang merupakan madah wajib kepada seluruh universiti di Jordan. Subjek-subjek yang saya ambil untuk semester ini ialah Ulum Quran, Ulum Hadis, Madkhol Ila Fiqhil Islam, Hadhoroh Islamiah dan madah wajib, Ulum Askari..mudah-mudahan natijahnya nanti imtiaz,najah!..amin..

Berakhir peperiksaan bermakna hilanglah kepenatan seminggu dua yang lalu, dapatlah tenangkan minda, insya Allah pastinya akan terisi dengan aktiviti bermanfaat, bak kata Imam Al-Banna, alwajibat aktharu minal awqot..sememangnya kewajipan sebagai muslim banyak, lebih-lebih lagi mahasiswa Islam yang faham tujuannya belajar, masakan tidak, bermusafir beribu-ribu batu semata-semata untuk tujuan itu, mencari mutiara-mutiara berharga, agar nanti dapat dimanfaatkan bersama ummat..

Ada apa pada sabar?

Pada entri kali ini saya akan berbicara sedikit mengenai sabar, sifat yang begitu indah, sifat mahmudah yang patut kita teladani dari baginda saw, bahkan baginda telah pun menunujukkan contoh yang terbaik untuk ummatnya, semestinya kita berbangga menjadi ummat nabi kekasih Allah ini.

Setiap manusia pastinya tidak dapat untuk mengelak daripada menempuhi pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupan seharian. Cabaran yang dihadapi adakalanya dapat meningkatkan motivasi diri tetapi adakalanya melemahkan manusia. Inilah tujuan ujian dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi selaku makluk istimewa yang diciptakan Allah, juga sebagai khalifah di bumi. Ironinya, kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan.

Sabar itu banyak jenisnya dan rasulullah s.a.w sendiri pernah ditimpa musibah ketika mana kematian puteranya Ibrahim, sehingga mengalir titisan air mata baginda kerana terlalu sedih. Pun begitu, baginda sendiri berkata: "Itulah tandanya rahmat ke atas hamba-hambaNya yang bersifat belas kasihan..

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah.
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
* memelihara diri daripada dihasut oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.



bersyukur atas nikmatNya


Sabar bila susah, syukur bila senang.

Maksud hadis nabi saw:


Daripada Abi Yahya Syuhaib Bin Sinan r.a berkata, rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik nasib orang beriman, kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Apabila ditimpa musibah dia bersabar, maka sabar itu baik baginya". (H.R Muslim)


Orang mukmin adalah orang yang bertuah dalam hidupnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian. Hidupnya selalu tenang dan tidak banyak bermasalah dan memiliki ketenangan jiwa yang diburu oleh orang-orang yang mencari kepuasan hidup dalam dunia ini.



mampukah kita bersabar bila diuji ?


Kepuasan hidup dan ketenangan jiwa hanya dinikmati oleh orang yang benar-benar beriman di mana hatinya tenang dalam menghadapi pelbagai keadaan. Apabila berada dalam keni'matan dan kesenangan, dia akan bersyukur kepada Allah dan menggunakan ni'mat itu untuk mencari keredhaan Allah, baik untuk kegunaannya sendiri atau untuk kebaikan orang lain.

Apabila berada dalam kesusahan dan musibah, dia akan sabar menerima takdir Allah itu dengan hati yang lapang dan redha, dia memahami dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, akhirat itu tempat kebahagiaan. Inilah kehebatan orang mukmin apabila betul-betul memahami tujuan kejadian dan dilahirkan di muka bumi ini. Sabar bila susah, kerana sememangnya hidup ini memerlukan pengorbanan, syukur bila senang kerana Dia yang menetukan segalanya..

p.s: sabar n redha ya bila keluar result imtihan nanti....('',)


No comments: