Jaringan Ukhwah

19 March 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Kempen bulan Bi'ah Solihah anjuran Biro Bimbingan Rohani PERMATA, melabuhkan tirainya semalam, diakhiri dengan Forum Bercinta Hingga ke Syurga yang menampilkan Ustaz Osman @ Abuya dan Ustazah Siti Hasliza, bakal bertitle ' Dr '. Alhamdulillah, kempen ini sememangnya relevan dan patut dipuji, amat sesuai dengan keperluan mahasiswa Mu'tah.

Dalam proses belajar dan "ilmuan in progress ini", kita seringkali diuji sehinggakan ada yang keliru dan celaru identitinya. Niat untuk korek lautan ilmu dan hasrat menggunung agar dapat bersua muka dengan alim ulama semasa langkahan kaki kali pertama di Bumi Syam ini tidak kesampaian, tetapi 'Korean Movie', 'Hollywood Show' yang dijumpai. Celaru serta haru biru dibuatnya, maka program muhasabah sebeginilah yang mampu 'set-up' semula niat mulia itu dan mengembalikan 'power' bakal da'ie sekalian. Inilah maksud firman Allah SWT:


"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin" (Azzariyat:55)

Berlabuhnya tirai Bulan Biah Solihah ini bukannya bermaksud berakhir segala "al-hasanat" dan segala kempen yang telah dilancarkan, ia seharusnya menjadi pakaian utama para promoter Islam sekalian. Kitalah model akhlak Islamiyyah yang ditunjuki Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam! Model praktikal modal insan keluaran Medan Mu'tah, simbahan darah jihad Dataran Syuhada'....('',)


Batas2 ikhtilat waspadailah ia,
Jagailah aurat sbg tanda taqwa,
Senyum n salam tanda ukhwah kita,
Solat
cagaran utama pd Yang Esa.

Semuanya kerana dirimu begitu berharga!

Andalah penerus dan pelaksana kempen ini..





4 comments:

Anonymous said...

salam'alaik..alhamdulillah..di saat dunia mkin ditutupi dgn ghazwatul fikr, masih lg ada insan2 yg membutuhkan ilmu2 dan nilai2 Islam yg mkin suram dan suram ditinggalkan insan2 yg sepatutnya menggarapnya semampu mgkin..mga usaha tersebut mampu mengikat kembali jiwa2 yg diperlukan utk kepentgn Islam..dan semoga thabat di jalanNya..amin..

Hayyi Mohamad said...

to anonymous:
Syukran tingglkn pesanan n komen..ameen..mdh2an itulh hasilnya..

Anonymous said...

insyaAllah..mga itulah hasilnye..same2 ikhlaskn diri dlm mnegakkan kalamNya..

abdul rahim said...

salam'alakum..masyallah,smoga usaha kita dlm mendidik masyarakat mu'tah dprmudhkn.amin.mabruk gulawe kito..