Jaringan Ukhwah

14 March 2010

Hari Berpuasa Sedunia Demi Al-Aqsa.




Sekumpulan aktivis internet yg beragama Islam di laman sosial Facebook melancarkan seruan kepada umat Islam seluruh dunia untuk menjadikan hari Isnin, 15/3/2010 sebagai 'Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-Aqsa'. Kini, Masjidil Aqsa semakin dahsyat dirosakkan oleh Zionis.

Masjidil Aqsa dalam bahaya!
Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah. Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah (sekolah menengah) untuk pelajar perempuan yg yg terletak di dalam masjid, berdekatan dengan Bab As-Silsila. Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar. Sekolah yg kedua pula ialah Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah yg juga terletak di dalam masjid, berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.

Agensi-agensi keagamaan dan kebangsaan menggesa penduduk supaya menuju ke bandar Al-Quds dengan sepenuh kemampuan mereka. Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap untuk membuka Kuil Al-Kharab, kuil terbesar Yahudi di bandar itu yg terletak tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa, dalam 2 hari sahaja lagi.



Syeikh Ikrimah Sobri, Ketua Majlis Tertinggi menegaskan bahawa penjajah Israel berusaha untuk melemahkan kewujudan Islam di Masjidil Aqsa melalui cara menutup sudut-sudut Islam di situ (seperti sekolah) dan menghalang orang Islam yg berusia kurang dari 50 tahun untuk memasuki masjid. Ketua Harakah Islamiah di Palestin, Syeikh Raid Solah berkata, perancangan Israel kali ini merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab yg dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan apa yg disebut sebagai Haikal Ketiga.

Muassasah Al-Aqsa lil Waqf wa At-Turath menyatakan perancangan ini akan berpanjangan selama 3 hari, iaitu Ahad, Isnin dan Selasa, merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab dan seruan untuk membanjiri bandar itu pada hari Selasa iaitu pada 'Hari Sedunia Untuk Membina Haikal' yg didakwa.

Muassasah Al-Bayariq li Ihya Masjidil Aqsa Al-Mubarak menyatakan, bas-bas dari kampung-kampung dan bandar-bandar Palestin berjaya tiba ke destinasi untuk umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa walaupun menerima sekatan demi sekatan dari penjajah Israel yg menghalang kemasukan mereka.


Mereka menjelaskan lagi, pihak penjajah Israel telah cuba untuk menghalang kemasukan bas-bas ke bandar Al-Quds sejak waktu malam dan awal pagi, di mana sekatan keselamatan diadakan di pintu masuk bandar. Tetapi desakan umat Islam akhirnya membolehkan mereka masuk juga. Sebanyak lebih kurang 30 buah bas telah berjaya tiba ke destinasi dan 3 bas telah ditahan masuk.

sumber : http://lamanulama.blogspot.com/

1 comment:

MiztER MURTphalanx! said...

Moga ALLAH melindungi pejuang2 ISLAM yg mempertahankan kesucianh QIblat al-Awwal kita. Moga kita dipilih ALLAH untuk sama2 suatu hari nanti berjemaah di al-Aqsa.