Kita akan mengingatiNya andai ditimpa musibah,masalah yang membelenggu kita,mujurlah kekadang Dia timpakan kita musibah,masalah dll untuk kita kembali merasakan bahawa Dia lah Tuhan yang memiliki segala-galanya..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW....
Agak menarik rasanya kami adik beradik lepasan DQ dapat berkumpul jauh di bumi syuhada’,saling bertaaruf merapatkan ukhuwwah,mengikat hati dengan tujuan yang sama,kenangan indah ini pastinya sentiasa diingati,mudah-mudahan menjadi inspirasi untuk kami semua.
Darul Muttaqin sekali lagi memainkan peranannya sebagai wasilah mencapai TAQWA,,liqo’ ini sempena kunjungan abang kami,Ust Hafizullah(DQ 2005) yang dalam perjalanan untuk kembali ke Syria setelah pulang ke tanah air, lebih mesra dipanggil Abang Pejo, beliau singgah sekejap di Jordan untuk lebih mengenali adik-adiknya di sini,saya pun inilah kali pertama bertemu mata dengan beliau.
Banyak taujihat dari orang lama ini khususnya untuk kami pelajar2 yang baru mengenali tanah arab, semata-mata sebagai bekalan untuk kami menghadapi cabaran pengajian di sini. Mungkin saya boleh kongsikan sedikit mutiara-mutiara hikmah Abang Pejo ;
- Tajdidkan niat, niat amat penting, yang akan menentukan hala tuju tholib ilmu,bila dipasak betul-betul, terhasillah tholib ilmu yang beramal dan amanah dengan ilmu.
- Akhlak menjadi tunjang individu muslim,akhlak Islamiah selayaknya untuk penghafaz Kalamullah yang saban hari membaca dan mengulanginya,yang sememangnya mengidamkan rahmatNYa, syurgaNya.
- Membina batang tubuh muslim, jika disuluh nampak padanya taqwa,akhlak sempurna, layak untuk masyarakat mengikutinya.
- Membiasakan diri dengan majlis-majlis tarbiyyah,pengubat hati dari mati.
- Persatuan sebagai wasilah untuk memperbaiki diri.
Inilah sebahagian nasihat,taujihat yang disampaikan kepada kami. Semoga perjalanan kami dalam mencari ilmuNya dipermudahkan..amin..Pastikan dalam setiap diri kita ada perasaan untuk memiliki hati yang sentiasa lembut,suka untuk mendengar peringatan,kerana itulah hati yang sempurna..(Qalbun salim)...Wallahu A'lam..
No comments:
Post a Comment