Jaringan Ukhwah

22 November 2009

Masa Ibarat Pedang!

Assalamu'alaikum wbt...

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana hingga saat ini kita masih lagi dikurniakan pelbagai nikmat, sama ada kita sedari atau tidak, Iman dan Islam merupakan nikmat yang terbesar, nikmat teragung, yang membezakan antara hamba yang beriman dan sebaliknya, hamba yang bersyukur dan kufur.

Begitu pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik kita telah pun berada pada bulan Zulhijjah, bulan yang terakhir tahun 1430 Hijrah..bermakna nabi Muhammad SAW telah pun meninggalknan kita lebih kurang 1430 tahun yang lalu, pelbagai jerih perih, pahit getir yang baginda lalui semata-mata untuk menyampaikan risalah suci, mengajak manusia dari menyembah sesama makhluk kepada menyembah Tuhan Yang Esa, yang menciptakan segala-gala..sollu 'alannabi..sama2 kita berselawat atas baginda SAW..

Para tetamu Allah..

Sayugianya kita merebut segala peluang dan kelebihan yang ada pada bulan ini. Zikir, tahlil, selawat ke atas baginda SAW, bersedekah, infaq harta dan segala macam amalan kebaikan seharusnya kita lazimi khususnya dalam bulan ini seterusnya pada bulan-bulan yang akan datang kita istiqomah dengan amal-amal soleh tersebut, berterusan menjadi hambaNya yang bersyukur. Dalam erti kata yang lain, kita beribadah tidak bermusim di samping menjauhi segala amalan keburukan dan kemaksiatan kepada Allah SWT sehinggakan segala perbuatan harian dikira sebagai ibadah..Insya Allah..

Mafhum hadis Nabi s.a.w : "Tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya: "Adakah jihad fisabilillah (didalam hari yang selain sepuluh terawal Zulhijah) tidak boleh menandingi amalan (selain daripada jihad) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut. "Nabi bersabda : Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya". (hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah tentang kelebihan, manfaat dan peluang yang terbuka luas didepan mata..Bagi yang mata hatinya tidak kabur, pasti segala peluang dan ruang ini digunakan sepenuhnya..

Perbanyakkan membaca al-Quran

Berdoa, bermunajat padaNYA..


Zikrullah..perbanyakkan..

Selamat menunaikan ibadah haji kepada para hujjaj..selamat beribadah kepada yang tidak berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ni..mudah-mudahan kesungguhan kita beribadah menjadi saksi bahawa kita juga bersungguh-sungguh beribadah sebagaimana mereka...Wallahu a'lam..

No comments: