Jaringan Ukhwah

28 April 2010

Sembang-sembang Facebook


Dunia ladang kehidupan....bercucuk tanamlah!




Sembang-sembang FB bersama sahabat-sahabat membuahkan hasil, tercerna kata kritis dan kreatif, belajar menulis kata hikmah..




Hayyi Mohamad  Tulusnya hati..jd raja dlm diri..kebaikan diteliti..kejahatan dijauhi..mahmudah mengelilingi..mazmumah diketepi..janji alam ruh ditepati..mengakui Allah sbg rabbi..dipastikan jd ibadah segala gerak geri..inilah hati hamba hakiki, jiwa abduh yg sejati..alangkah bahagia menanti..pasti nnti kembali pd Tuhannya redha lg diredhai..



Cmn Yusran  "jagalah hati...jangan kau kotori..."

Cmn Yusran  nak bersih mmula yie gano?

Haziq Idham  kenal diri tabah hati..
bersangka baik pada Rabbi..
syahadah dan selawat sentiasa dihati..
salah satu penawar pembersih hati..

Cmn Yusran  aiwah..syukran akh haziq idham..

Hayyi Mohamad  istighfar pelembut hati..akui kesilapan diri, lantas berazam agr x kembali lagi..tips hamba hakiki..yg mengaku Allah sbg Rabbi..


Aiwah..inilah hati, seketul daging yang terdapat dalam jasad manusia, jika ia baik maka baiklah segala jasad keseluruhannya dan jika ia rosak tidak berfungsi maka jadilah sebaiknya.


Hati inilah yang akan mengarahkan manusia sama ada melakukan kejahatan atau kebaikan. Ia jadi suis utama bagi segala amal perbuatan manusia. Sesiapa yang menjadikan hati sebagai raja, maka akan hiduplah hatinya dan sesiapa yang nafsunya menguasai diri, maka nafsulah yang akan memanduinya.


Berutung bagi pemilik hati yang hidup, dia akan berusaha sedaya upaya agar status hamba hakiki diperolehi. Hidup di dunia ini seolah-olah melalui jalanan yang dipenuhi duri yang bisa mencederakan kaki, maka dia akan melalui dengan teliti, sekira-kira tidak tersentuh duri.


Nauzubillah dari hati menjadi mati, ibarat bumi gersang yang tandus, tiada sebarang tanaman mahupun rumput yang tumbuh. Dunia ini seolah-olah dia yang miliki, halal haram tiada diteliti, asalkan cukup untuk anak dan isteri. Amat merugi, tertipu dengan diri sendiri !



2 comments:

ayahsu said...

Salam..1st, sgt bagus post blog terbaru ni n status fb sebegitu..jd qudwah kpd sahabat2 len..2nd, teruskan puisi2 indah yg bermanfaat..

Fakhrul Hayyi Bin Mohamed said...

jazakallah ayah su bg pnggilan ank2 buahnya..gegarian panggil beliau 'achik'..x gtu achik....?ni pun ana belajar dr achik jgk ni...ya salaaaaam alaik...:)