Jaringan Ukhwah

04 January 2011

Lamma Imtihan Stareh Syuwayya...

Alhamdulillah..agak lega setelah dua kertas peperiksaan berjaya ditempuhi, walaupun kedua-duanya pada hari yang sama, Allah memudahkan. Harapnya imtihan ini mengingatkan bahawa kita sedang diuji oleh peperiksaan yang lebih besar, peperiksaan Allah SWT!


" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha berkuasa (membalas amal kamu)  lagi maha pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) ".
(Al-Mulk : 2)

Ujian kelas berdasarkan sukatan yang diajar guru...(credit to Ustaz Muktasyaf)

Sememangnya dunia ini adalah imtihan, exam dan ujian. Sebenarnya setiap masa kita diuji, dibiarkan hidup berbekalkan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Muallim telah pun diutuskan untuk mengajar dan menunjukkan contoh serta panduan kepada kita.Tinggal lagi sama ada kita membiarkan sirah Muallim ini berlalu begitu sahaja atau pun mempersiapkannya sebagai bekal untuk melalui ujian ini. Kita telah pun dikhabarkan bahawa segala gerak geri, tingkah laku dan pengucapan kita akan dicatat oleh Allah SWT melalui hambaNya, Rakib dan Atid alaihimassalam. Suatu hari nanti, segala catatan itu akan diserahkan kembali. 

" Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap segala perbuatan yang telah engkau lakukan ".
(Al-Isra' : 14)

" Dan kitab amalan juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata: " Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya! " Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia tertulis di dalamnya. Dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun ".
(Al-Kahfi : 49)


Kita dibiarkan beraksi, berlakon untuk mencari siapakah yang paling tepat lakonannya dan siapakah pelakon yang layak dijadikan ikon. Pemegang watak yang menepati skrip pengarah tentulah dinobatkan sebagai pelakon terbaik. Dia akhirnya dijadikan ikon, hadiah lumayan yang ditawarkan kini adalah miliknya!



" Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.
Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya ".
(Al-Insan : 13,14)


Saya akan diuji lagi selepas ini, terbentang imtihanat di depan, mengharapkan doa dari sahabat-sahabat..Nun jauh di sana, Umi dan Ayah merestui dan mendoakan anaknya ini..Allahu yusahhil..


Qosos Qurani [6/1/11]
Qawaid Fiqhiah [8/1/11]
Fiqh Ahwal Syakhsiah Zawaj [11/1/11]
Tarbiah Watoniah [13/1/11]

Bittaufiq wannajah!!

Lamma imtihan stareh syuwayya...
Lakin...dirbalak..ma fi stareh fi imtihanillah!

2 comments:

Abu Huzaifah said...

assalamualaikum..kaif haluk ya akhi?jemput ziarah blog ust di http://bicara-hamba.blogspot.com..syukran

admin said...

waalaikumussalam ust..alhamdulillah khair..jazakallah atas kunjungan..ana ziarah nanti..