Para pendokong keadilan Mesir dan seluruh dunia turut bersujud mengucapkan syukur. Mereka memperoleh kemenangan setelah 18 hari berkumpul di Dataran Merdeka, meninggalkan segala kerja buat demi satu tuntutan, mendesak hak-hak mereka selama ini diserahkan.
Penindasan dan kezaliman berlangsung selama 30 tahun, wang negara tidak dialirkan kepada awam, alim ulama' disumbat ke jeriji besi agar kebiadapan Mubarak tidak diberikan peringatan dengan ayat-ayat Allah Yang Maha Besar. Tempoh 3 dekad ini jugalah menyaksikan pelbagai ancaman, seksaan dan ugutan terhadap Ikhwanul Muslimin rentetan dari pembunuhan terancang Hasan Al-Banna.
Mungkin antara diktator terkaya dunia (70 bilion)
Maka, rakyat bangkit dan menumbangkan diktator yang menjadi tali barut kepada Israel, pada tangannya ada darah dan air mata duka umat Islam Palestin. Dia memudahkan punca kewangan ke Israel dan menutup kemanusiaan ke Palestin, hadiah dari persahabatan ini adalah kekayaan berjumlah 70 bilion!
Hari ini 12 Februari 2011, Mubarak telah meninggalkan Kaherah dan Naib Presiden, Omar Suleiman telah mengumumkan peletakan jawatan secara hina diktator tua itu. Tanggal ini jugalah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna syahid dalam pembunuhan terancang oleh kroni dan anak beranak taghut ini. Mubarak berundur dalam keadaan dihina, dicemuh, dikeji rakyat sedangkan Al-Banna memperoleh syahid tanda kemenangan perjuangan beliau. Beliau hidup di sisi Tuhannya!
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
[Ali- 'Imraan : 26]
Jumaat dalam sejarah,2 juta diimamkan oleh seorang Imam..
Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Hari tersebut seoalah-olahnya menjadi hari bersejarah dan terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Hari bermadu kasih untuk membuktikan kasih sayang berlandaskan nafsu mereka. Masyarakat kita pada hari ini seolah-olah sebati dengan sambutan hari maksiat ini.
Sesetengah media yang sememangnya kerja mereka adalah untuk merosakkan masyarakat Islam khususnya muda mudi menjadikan seolah-olah Valentine ini adalah kewajipan yang perlu disambut setiap tahun. Mana tidaknya, pelbagai program hiburan yang melalaikan merancakkan lagi sambutan Valentine ini. Mereka lupa dengan sejarah Valentine ini yang pastinya bertentangan dengan gaya hidup Muslim. Entri akan datang akan menceritakan asal usul Valentine.
12 FEBRUARI..APA KAITAN?
Kita terlupa bahkan ada yang tidak tahu pun apa yang berlaku pada tarikh ini, lantaran tarikh 14 Februari itu terlalu diperbesarkan, sehingga tenggelam kisah duka yang berlaku dua hari sebelum tarikh tesebut. Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerakan mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya.
As Syahid Hassan Al-Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.
Senyum mujahid menuju syahid
Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al-Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.
Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al-Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.
Who killed Al-Banna?
TRAGEDI TERANCANG
Ketika kejadian, Hassan Al-Banna berjalan bersendirian di Jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'
Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al-Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.
Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al-Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja Faroq, Imam Al-Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhan kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas Imamul Jihad, Assyahid Hasan Al-Banna.
Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Raja Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di Jabatan Siasatan Jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan. Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'
TEKANAN
Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di dunia selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al-Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al-Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.
Rumah Assyahid Imam Al-Banna tidak terkeculi daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al-Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.
Talian telefon di rumah berkenan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengeluarkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok.
Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah Assyahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yang mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.
Tekanan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Raja Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1965 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan. Ramai ulama' dibunuh di tali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.
GAGAL
Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islamiyyah dengan membunuh Imam Al-Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.
Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwanul Muslimin. Di Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat E-Islami. Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada 'biasan sinar dakwah' Imam Al-Banna rahimahullah.
MENGAPA DIBUNUH?
Ramai berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel. Maka 'jihad'lah yang menjadi punca kemarahan musuh-musuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al-Banna.
Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hasan Al-Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.
Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyertai peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.
Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.
JASA 1948
Betapa besarnya jasa Imam Al_Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi. Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.
Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripada pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al-Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al-Banna telah dibunuh dengan kejam.
Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.
Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.
Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al-Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhianatan yang dilakukan ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Paletin) telah berubah (insya Allah).”
Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al-Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.
Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia:
“Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh... Sesungguhnya pertembungn di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al-Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah...”
MENCARI AL-BANNA KEDUA
Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al-Banna.
Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.
Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah Rasul SAW dan orang-orang yang beriman bersamanya:
"Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?"
Allah SWT menjawab:
"Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir"
Dan pada 1948, mana mungkin Imamul Jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.
Dr Fadhl Hassan Abbas dalam satu majlis ihtifal maulid Nabi SAW
Ulamak buta yang celik mata hatinya (1932-2011)
هيل نيوز- توفي ظهر اليوم الاربعاء (9/2) العلامة الدكتور فضل حسن عباس عن عمر يناهز 79 عاما قضاها في التعليم والتدريس وحلقات العلم وفي المساجد وفي المنتديات العلمية
وبحسب ذويه سيصلى على الفقيد ظهر الخميس في مسجد الزميلي بالشميساني،ويدفن في مقبرة سحاب الاسلامية.
ويقيم ذوو المرحوم بيتاً للاجر في منزله بجوار مسجد الزميلي ايام الخميس والجمعة والسبت المقبلة
.
ويعد الشيخ فضل حسن عباس (مواليد بلدة صفورية في فلسطين في سنة 1932م) أحد أبرز علماء السنة في الأردن وأحد العلماء المعدودين في علوم التفسير وعلوم اللغة والبلاغة، إذ عرفه الناس من خلال كتبه ودروسه ومحاضراته في حلقات العلم.
وبرز الدكتور فضل عباس كأحد أهم علماء التفسير والتلاوة وكان ذلك في السبعينات حين سجلت له الإذاعة الأردنية 400 حلقة إذاعية في تلاوة القرآن الكريم وتفسيره، كانت باكورة مسيرته العلمية التي أثمرت فيما بعد نتاجاً كبيراً وهاماً من المؤلفات والنظرات الجديدة في تفسير القرآن الكريم.
فقد كان بيت والده مكاناً للعلماء الذين يرسلهم خاله الشيخ يوسف عبد الرزاق المدرس بكلية أصول الدين في الأزهر، وكان رجلاً صالحاً حيث أثنى عليه محمد زاهد الكوثري. أتم فضل عباس حفظ القرآن الكريم في بلدته وهو ابن عشر سنين، ثم حفظ من المتون العلمية: متن الغاية والتقريب في الفقه الشافعي، ومتن الرحبية في الفرائض، وجوهرة التوحيد في العقائد، والألفية، لابن مالك.
انتقل بعد ذلك إلى الدراسة في عكا، ودرس في المدرسة الأحمدية بجامع الجزار وبقي فيها بين عامي 1946م، و1947م. وبعد ذلك قرر التوجه إلى مصر عام 1948م ودخل المرحلة الثانوية فيها. بعد ذلك نجح في دخول كلية أصول الدين في الأزهر وتخرج فيها سنة 1952م وكان عمره آنذاك عشرين سنة، فكان أصغر طالب يتخرج فيها.
حصل على درجة الدكتوراة من الأزهر سنة 1972م، وكانت رسالته بعنوان "اتجاهات التفسير في مصر والشام".
بقي الشيخ في مصر إلى سنة 1953م حين جاءه نبأ وفاة والده في لبنان فرحل إليها وبقي فيها سنة دون عمل، إلى أن وجد عملاً في صيدا في الأوقاف، فعمل فيها حتى سنة 1956م، وعمل بعد ذلك مع المفتي محمد أمين الحسني حتى سنة 1965م.
بعد تلك السنين رحل الشيخ فضل عباس إلى الأردن ليعمل واعظاً في عمّان سنة 1965م، ثم عيّن مدرساً في كلية الشريعة سنة 1966م، حيث أسند إليه علوم التفسير والحديث والتوحيد واللغة العربية وتلاوة القرآن الكريم.
انتقل بعد ذلك إلى الإمارات ليعمل هناك بين عامي 1975م و1978م ليعود بعد ذلك مدرساً في كلية الشريعة في الجامعة الأردنية حيث شغل منصب رئيس قسم أصول الدين لفترة طويلة.
Beliau meninggal dunia pada petang 9/2/2011. Menandakan bahawa umurnya telah genap 79 tahun. Di mana masanya dihabiskan dengan dunia pendidikan, pengajaran ilmu pengetahuan di masjid-masjid beserta forum-forum ilmiah.
Dr. Fadhl Hassan Abbas (lahir Saffuriyya di Palestin pada tahun 1932 M), salah satu ulama Sunni yang paling menonjol di Jordan, salah satu ilmuwan dalam bidang ilmu Tafsir, Hadis, Ilmu Bahasa Arab dan Balaghah. Beliau dikenali ramai melalui kitab-kitab hasil penulisan beliau, beliau juga memberi kuliah tentang ilmu agama di corong-corong radio, dan juga tv.
Dr. Fadhl Hassan Abbas sebagai salah satu ilmuwan yang paling penting dalam bab Tafsir dan Tilawah Al-Quran. Pada tahun 70-an beliau ke udara dalam rancangan beliau sendiri di radio-radio Jordan sebanyak 400 episod. Beliau mengajar tentang ilmu Tilawah dan Tafsir. Beliau juga terkenal dengan cara pengajaran yang memudahkan orang ramai belajar. Dari segi penulisan, beliau terkenal dengan pandangan yang menarik dan baru dalam ilmu tafsir Al-Quran.
Latar Belakang ringkas Pengajian:
Belajar di Universiti Azhar, di Kuliah Usuludin. Beliau seorang lelaki yang soleh. Tamat menghafaz Al-Quran pada umur 10 tahun. Kemudian menghafal matan-matan dalam fiqh Syafie dan Maliki. Ditambah pula ilmu Aqidah, Faraidh.
Beliau bersekolah menengah di Mesir dan selepas lulus, beliau berjaya masuk ke kuliah Usuludin di Universiti Azhar. Tamat pengajian ijazah pada tahun 1952. Beliau merupakan siswa yang paling muda tamat pengajian ketika itu.
Kemudian, beliau mendapat gelaran doktor (PHD) di Universti Azhar, Mesir pada tahun 1972 dengan tajuk tesis beliau bertajuk: Arah tuju tafsir di bumi Syam, dan Mesir.
Latar Belakang Kerja:
Menjadi tenaga pengajar di Kuliah Syariah pada tahun 1966 di Jordan. Beliau mengajar dalam bidang Tafsir, Hadis, Tilawah, Tauhid dan juga Bahasa Arab.
Kemudian beliau berpindah dan bekerja di Emirate di antara tahun 1975-1978. Selepas beberapa tahun di sana beliau kembali berkhidmat pada tanah air tercinta di Jordan di Kuliah Syariah Universiti Of Jordan di Amman. Beliau memegang jawatan sebagai dekan kuliah Usuludin pada satu tempoh yang sangat panjang.
AHMED Al-Barradi, bekas Pengerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa PBB pulang ke Mesir sebaik saja tercetus demonstrasi umum rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mumarak.
Dia pulang untuk menyertai tunjuk perasaan bersama rakyat bagi menggulingkan diktator 30 tahun Mubarak dan sekali gus untuk memimpin Mesir selepas itu.
Albarradi adalah diplomat terkemuka, satu-satunya orang Mesir yang dikenali di dunia selepas Mubarak. Kepulangannya itu menjadikan penentangan kepada regim Mubarak tambah bertenaga.
Kebangkitan rakyat itu sudah dikira satu revolusi oleh masyarakat dunia, tercetus tanpa pemimpin, tidak didorong oleh mana-mana parti politik, tetapi oleh kesedaran rakyat umum yang mendapat semangat dari kejayaan rakyat Tunisia mengenyahkan presidennya.
Kepulangan Albarradi menjadikannya pemimpin kepada kebangkitan rakyat itu. Masyarakat dunia yang ingin melihat Mesir berubah memang mengharapkan untuk memimpin rakyat. Bahkan dia telah merancang untuk balik menentang Hosni Mubarak dalam pilihan raya Presiden nanti.
Amerika dan barat memang mencari orang bagi menggantikan Mubarak baik dia digulingkan atau mati mengejut. Tidak ada yang terkenal selain dari Albarradi tetapi tidak dapat dipastikan dia dapat jadi seperti Mubarak yang menjadi hamba kepada Amerika dan Israel.
Albarradi memang sudah berpolitik. Kalaupun dia tidak jadi budak suruhan Washington, tetapi dia lebih baik dari Mesir jatuh ke tangan penyokong Ikhwanul Muslimun, parti pembangkang yang sangat berpengaruh di kalangan akar umbi Mesir.
Justeru itu namanya sudah ditonjolkan sebagai pencabar utama Mubarak. Kepulangannya dikehendaki oleh banyak pihak. Jika Mubarak tidak dapat dipertahankan, harapan semua adalah kepadanya. Dia saja yang boleh menyaingi pengaruh Ikhwanul Muslimun.
Sebaik dia pulang Ikhwanul Muslimun menggesa di tengah kebangkitan rakyat itu agar semua pembangkang bersatu bagi menghadapi sisa-sisa kekuatan Mubarak bagi membina Mesir baru. Ikhwan nampak risiko jika ia tampil sebagai pencabar utama Mubarak. Pengalaman FIS, pimpinan Abbasi Madani yang memenangi pilihan raya Algeria hampir 20 tahun lalu akan berulang di Mesir jika Ikhwan di depan. Ia akan dikhianati oleh barat dengan memperalatkan talibarat oporcunis sekular Mesir bagi mematahkan kemenangannya.
Ikhwan lalu mengambil strategi menjadikan Albarradi sebagai pemimpin revolusi bagi menggantikan regim Mubarak sekarang. Dia minta Hosni berundur sekarang juga, memberi peluang kepadanya menjadi pemimpin sementara, bekerjasama dengan tentera bagi memulihkan ketenteraman awam dan membuat persiapan mengadakan pilihan raya Parlimen dan pemilihan Presiden baru.
Penentang regim Mubarak sudah ada tokoh bagi menjadi pemimpin yang dipercayai mendapat sokongan rakyat, tetapi Mubarak belum ada tokoh yang boleh menjadi penggantinya. Sekalipun Mubarak sudah melantik Naib Presiden, yang pertama sejak jadi Presiden 30 tahun dulu, Umar Sulaiman seorang ketua agensi perisik Mesir, tetapi dia belum ada hubungan dengan masyarakat umum.
Ketua perisik sekalipun terkenal di kalangan pembesar rantau itu, tetapi Mesir yang sejak tahun 1951 dipimpin oleh tentera memerlukan pimpinan dari kalangan awam dan jarang ada negara di dunia mengambil ketua perisik bagi menjadi pemimpin negara kecuali dalam keadaan darurat.
Albarradi adalah tokoh awam yang boleh diketengahkan. Dunia demokrasi umumnya wajar dipimpin oleh orang awam, bukan tentera dan pegawai perisik. Yang mengganggu barat untuk menerima Albarradi sekarang, bukan tentang keupayaannya untuk menjadi pemimpin awam yang baik, tetapi yang mengangkatnya menjadi ketua ialah Ikhwanul Muslimun.
Amerika berjaya menghalang pengaruh Ikhwan menguasai Mesar sejak tahun 1951, dan bimbang pengaruhnya berperanan di bawah pimpinan Albarradi kerana di belakang Albarradi sekarang ada Ikhwan.
Amerika juga menjuarai penentangan terhadap komunis. Ia berjaya meruntuhkan empayar komunis dan melumpuhkan pengaruh komunis di mana-mana. Ia membantu tentera Arab memerangi pengaruh Ikhwanul Muslimin di benua Arab tetapi ia tidak dapat mematikan pengaruh Islam itu di Mesir.
Sejak zaman Gamal Abdul Nasser dan era Anwar Sadat serta disambung oleh regim Mubarak selama enam puluh tahun terus menerus memerangi Ikhwanul Muslimin dengan segala macam kezaliman tetapi ia terus subur di tengah rakyat Mesir.
Bagi menangani saki baki pengaruh regim Mubarak, Albarradi memerlukan kerjasama dan sokongan Ikhwan yang diasaskan oleh Almarhum Imam Hassan al-Banna.
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
Protes rakyat mendesak Hosni Mubarak berundur
Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
Salam dihulurkan tanda menyetujui keganasan ke atas rakyat Palestin
Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.(Harakahdaily)
Sekian, wasalam.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dia adalah Presiden Mesir yang memerintah Mesir selama 30 tahun. Nama penuhnya Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak, telah menjadi Presiden Mesir sejak 1981 dan merupakan Presiden keempat Mesir. Mubarak telah menggantikan Anwar Sadat yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981.
Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri.Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan. Mengikut BBC, beliau telah terselamat daripada 6 cubaan bunuh. Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel. Beliau salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq. Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta. Terdapat ungkapan rakyat Mesir bahawa seorang anggota polis lebih merbahaya daripada seorang penjenayah.
Tiada siapa yang mengetahui bahawa Mubarak lebih kejam daripada rejim zionis.Sepatutnya beliau dicalonkan sebagai Presiden Israel berdasarkan rekod jenayah dan penyeksaan terhadap rakyatnya sendiri.(sumber)
Inilah rasa hati rakyat yang sudah lama terpendam, rakyat akhirnya bangkit menentang penindasan dan kezaliman yang dilakukan regim ini. Lanjutan dan pengaruh dari revolusi rakyat Tunisia yang menggulingkan Ben Ali kerana corak pemerintahan mereka adalah berdasarkan skema yang sama.
Ratusan ribu rakyat yang menuntut hak dari Hosni Mubarak: Irhal minal Misri!!
Di sebalik hati kecil syurtoh@amnul 'am, mereka juga sebenarnya sependapat dengan para demonstran ini.
Syabab pemangkin keadilan dan kebebasan!!
Ayuh..luahkan rasa hati kamu duhai syurtoh, mari bersama kami!!
Kamu juga punyai anak bini, gajimu pasti x cukup!Jangan kamu jadi budak suruhan pemerintah!!
Mubarak memang degil!!
Mana mau lari? Kami akan kerjakan kamu cukup-cukup!!
Kebangkitan kuasa rakyat sedang melanda ke seluruh Jazirah Arab menentang regim-regim diktator, rasuah, zalim dan tidak demokratik yang menindas majoriti rakyat dengan polisi-polisi mengekang kebebasan bersuara, hak asasi dan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.
Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia, Mesir. Algeria, Kuwait, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.
Demonstrasi Aman oleh Pihak Ikhwan Muslimin Jordan bersama Gerakan Pengguna Jordan di Jamek Husain Amman bagi membantah kenaikan harga barang utama.
Negara-negara umat Islam lain sedang memperketatkan kawalan keselamatan dengan menambahkan kehadiran pasukan keselamatan di lokasi-lokasi strategik bagi membendung kebangkitan. Negara-negara ini turut merasakan tempias bahang kebangkitan rakyat ini.Regim-regim ini yang mengamalkan dasar keras dan kukubesi yang hampir sama berada dalam kebimbangan melihat kebangkitan di Tunisia dan di beberapa negara umat Islam.
Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwait, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.
Kebangkitan rakyat di Tunisia yang bermula sejak sebulan lalu kerana membantah polisi kerajaan yang tidak dapat menyediakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.
Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.Kenaikan kos sara hidup dengan harga barangan keperluan asas yang tinggi tambah memarakkan suasana penentangan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan raya berdemonstrasi.
Perbuatan rasuah, kezaliman dengan tindakan mengekang kebebasan bersuara dengan mengawal ketat dan menguasai media, memenjarakan ahli-ahli politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan telah menimbulkan keresahan rakyat yang akhirnya keluar kejalanraya berdemonstrasi menyebabkan regim diktator presiden Zine Abidine bin Ali atau lebih dikenali sebagai Ben Ali ditumbangkan. Ben Ali lari meninggalkan Tunis dan kini tinggal dalam buangan di Arab Saudi.
Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.
Salah seorang tokoh pimpinan Pergerkan Islam Tunisia, Rasyid Ghannuchi kini berada di London tinggal dalam buangan bagi mengelak dari ditangkap apabila Ben Ali mengharamkan beberapa buah parti politik pembangkang.
Apa yang mengambil tempat di Tunisia bagaikan satu ledakan bom jangka dan ia memungkinkan ledakan bom jangka akan berlaku di beberapa buah negara umat Islam lain di rantau Timur Tengah kerana setail pemerintahan regim-regim ini hampir sama dengan cara pemerintahan kuku besi di Tunisia.
Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.
Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.
Demonstrasi turut mengambil tempat di Jordan dan Kuwait tetapi laporannya sengaja tidak diperbesar-besarkan. Apa yang berlaku di Tunisia membimbangkan negara-negara umat Islam lain termasuk Saudi Arabia, negara Ben Ali sedang mendapat perlindungan politik.
Perkembangan politik di Asia Barat berlangsung begitu cepat. Regim di Mesir dibawah Presiden Hosni Mubarak setakat ini dapat membendung situasi yang diilhami dari Tunisia walaupun sebelum kebangkitan rakyat di Tunisia, berlaku tunjuk perasaan kalangan aliran koptik kristian di Mesir yang memprotes kejadian pengeboman di gereja mereka menjelang perayaan hari Krismas. Demonstrasi di Algeria, Jordan dan Kuwait juga setakat ini dapat dikawal.
Regim sementara telah dibentuk oleh Perdana Menteri (PM) Mohammad Ghannuchi yang memasukkan beberapa orang tokoh pemimpin pembangkang dalam kabinet tetapi meninggalkan tokoh pergerakan Islam terutama Rasyid Ghannuchi. Tanpa penyertaan pergerakan Islam dalam kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan perpaduan, tidak akan menyelesaikan konflik politik di Tunisia. Kebanyakan anggota kabinet kerajaan sementara ini masih lagi muka-muka lama yang ada kaitannya dengan Ben Ali. Mereka memegang portfolio penting pertahanan, keselamatn dalam negeri, kewangan dan luar negara.
Keanggotaan kabinet sementara ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang menumbangkan regim Ben Ali dan akibatnya kemungkinan demonstrasi jalanan akan diteruskan, walaupun keadaan dikatakan terkawal.
Perlembagaan Tunisia menghendaki pilihanraya diadakan dalam masa 60 hari selepas penubuhan kerajaan sementara. Pentadbiran Mohammad Ghannuchi yang merupakan rakan Ben Ali dijangka akan membuat beberapa pembaharuan politik yang akan membuka ruang parti-parti pembangkang mengambil bahagian dalam pilihanraya. Di era pemerintahan Ben Ali ada parti politik pembangkang yang diharamkan dan ada pula yang dibenarkan. Tindakan Ben Ali ada kaitannya untuk membendung kebangkitan Islam di Tunisia dan Ben Ali merupakan sekutu AS dan barat yang akrab.
Kelangsungan kebangkitan rakyat di Tunisia telah menukar lanskap politik di Jazirah Arab. Ia memberi harapan kepada kebangkitan Islam di negara itu dan di negara umat Islam yang lain di rantau itu. Perkembangan di Tunisia sedang mendapat perhatian serius AS dan barat yang bimbang dengan kemunculan pergerakan Islam menjadi tenaga politik berkesan di negara itu.
Bersama dengan perkembangan di Tunisia dan negara-negara di rantau itu yang sedang menerima percikan bahang kebangkitan rakyat itu, berlaku dua perkembangan politik penting yang lain iaitu referendum pemisahan Selatan Sudan yang akan menjadikan Sudan terbahagi dua, Utara Sudan bermojoriti penduduk Islam yang berpusat di Khartoum dan Selatan Sudan bermajoriti penganut kristian. Perkembangan terakhir di Sudan ialah penangkapan pemimpin pergerakan Islam Sudan, Hassan Turabi oleh pemerintah Omar Al-Bashir di Khartoum.
Satu lagi perkembangan yang menegangkan suasana di Timur Tengah ialah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet yang disertai blok Hizbulllah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.
Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.
Penerimaan tribunal adalah atas desakan dan tekanan AS dan barat yang ada kaitannya dengan tuntutan regim zionis untuk mengasingkan Hizbullah yang mempertahankan Lubnan dari serangan regim zionis dalam perang yang dilancarkan terhadap pergerakan Hizbullah dua tahun lalu.Segala perkembangan ini meletakkan rantau Timur Tengah dan negara-negara umat Islam terus berada dalam kancah sengketa, konflik dan perang. Semuanya kerana akibat penglibatan AS dan barat.
Sumber harakahdaily : Catatan kolumnis Suhaimi Mukhtar . Penulis adalah bekas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Pernah menjadi Ketua Pengarang Harakah.
Alhamdulillah..agak lega setelah dua kertas peperiksaan berjaya ditempuhi, walaupun kedua-duanya pada hari yang sama, Allah memudahkan. Harapnya imtihan ini mengingatkan bahawa kita sedang diuji oleh peperiksaan yang lebih besar, peperiksaan Allah SWT!
" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha berkuasa (membalas amal kamu) lagi maha pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) ".
(Al-Mulk : 2)
Ujian kelas berdasarkan sukatan yang diajar guru...(credit to Ustaz Muktasyaf)
Sememangnya dunia ini adalah imtihan, exam dan ujian. Sebenarnya setiap masa kita diuji, dibiarkan hidup berbekalkan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Muallim telah pun diutuskan untuk mengajar dan menunjukkan contoh serta panduan kepada kita.Tinggal lagi sama ada kita membiarkan sirah Muallim ini berlalu begitu sahaja atau pun mempersiapkannya sebagai bekal untuk melalui ujian ini. Kita telah pun dikhabarkan bahawa segala gerak geri, tingkah laku dan pengucapan kita akan dicatat oleh Allah SWT melalui hambaNya, Rakib dan Atid alaihimassalam. Suatu hari nanti, segala catatan itu akan diserahkan kembali.
" Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap segala perbuatan yang telah engkau lakukan ".
(Al-Isra' : 14)
" Dan kitab amalan juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata: " Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya! " Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia tertulis di dalamnya. Dan ingatlah Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun ".
(Al-Kahfi : 49)
Kita dibiarkan beraksi, berlakon untuk mencari siapakah yang paling tepat lakonannya dan siapakah pelakon yang layak dijadikan ikon. Pemegang watak yang menepati skrip pengarah tentulah dinobatkan sebagai pelakon terbaik. Dia akhirnya dijadikan ikon, hadiah lumayan yang ditawarkan kini adalah miliknya!
" Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.
Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya ".
(Al-Insan : 13,14)
Saya akan diuji lagi selepas ini, terbentang imtihanat di depan, mengharapkan doa dari sahabat-sahabat..Nun jauh di sana, Umi dan Ayah merestui dan mendoakan anaknya ini..Allahu yusahhil..