Hari ini merupakan kelas yang terakhir untuk subjek Qosos Qur'ani yang diajarkan oleh Dr. Amin Butush. Masa begitu pantas berlalu, saya merasakan seolah-olah baru sahaja mendaftarkan subjek ini 3-4 bulan yang lepas. Masa memang cemburu, benarlah kata pepatah Melayu, "Masa itu emas".
"Sesungguhnya benda yang paling jauh ialah masa yang telah berlalu". Iya...memang jauh kerana ia sesekali tidak akan kembali lagi, bak kata pepatah Arab, "Laitassyabab ya'udu yauman". Beruntunglah sahabat-sahabat yang memanfaatkan kelas Qosos Qur'ani ini, pensyarah yang mengajar subjek ini bukan calang-calang orangnya, beliau manusia biasa yang luar biasa.
Saya merasakan hari ini adalah yang paling menyentuh hati kecil ini, mana tidaknya ayahanda Dr. Amin memberikan nasihat-nasihat bak pesan terakhir seorang ayah kepada anak kesayangannya. Beliau seperti biasa, selalu menekankan kepada kami kepentingan juhud dalam menuntut ilmu ini, teringat kata-kata beliau, "Sememangnya tidak ada tugas yang paling utama bagi kamu melainkan belajar bersungguh-sungguh, kamu menjadi harapan besar keluarga, masyarakat, negara dan ISLAM itu sendiri! Kamu nanti akan dihujani pelbagai persoalan dari masyarakat kamu, itu memerlukan ilmu yang lengkap, mencakupi semua bidang".
"Kamu datang ke sini untuk ilmu atau untuk cari zaujah?"...pap, kena sebijik... !
Beliau menceritakan bahawa suatu ketika dahulu pernah mengahwinkan lebih kurang 10 pasangan pelajar Malaysia di sini! Beliau sendiri yang menguruskan urusan akad itu, ini menunjukkan persoalan di atas itu bukanlah untuk menghalang dari mencari calon zaujah, sesiapa yang rasa masanya sudah sesuai, berkemampuan, silakan, bahkan itu lebih elok, masing-masing memahami + fikrah yang jelas + sehaluan...penting untuk perjuangan nanti ya.. ^_^
Saya membuat kesimpulan bahawa persoalan itu untuk muhasabah dan post mortem diri, sejauh manakah penguasaan ilmu dan usaha kita? Adakah tercapai maksud asal permusafiran kita di sini? Kalau rasa sudah tercapai, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, sila usahakan semampu yang boleh. Saya tertunduk ke lantai, terkedu dihujani persoalan muhasabah ini, kerana banyak cita-cita yang tercipta dalam diri sewaktu mula-mula sampai ke dataran syuhada ini. Risau, takut cita-cita itu bertukar menjadi hanya angan-angan kosong! Na'uzubillah....di sebalik hati kecil ini, cita-cita itu kian bersinar kembali.
Mengenai Profesor Dr. Amin Butush ini, beliaulah doktor kami yang memiliki dua B.A, dua M.A dan tiga P.H.D! Saya meletakkan profile beliau ini untuk tatapan kita semua, cuba bayangkan bagaimanakah kesungguhan dan disiplin ilmu yang beliau terapkan.
Wallahu a'lam.
Gambar lama beliau..saya cuba dapatkan gambar baru nanti :)
الاسم | د. أمين محمد سلام المناسية/البطوش | Dr. Amin Mohammad Sallam Al-manasyeh | Name | ||||
القسم | أصول الدين | Usoul Deen | Department | ||||
البريد الإلكتروني | E-mail: manasyeh@mutah.edu.jo E-mail: Aminalb.btoosh@gmail.com | Email | |||||
الجوال | 0795289847 | Mobile | |||||
الرتبة الأكاديمية | أســــتاذ | Professor | Rank | ||||
التخصص العام | التفسير وعلوم القرآن | Tafir and Quranic sciences | Field | ||||
مجالات التخصص | التفسير بأنواعه، التفسير الموضوعي، التفسير التحليلي، إعجاز القرآن،علوم القرآن، مناهج المفسرين، والقصص القرآني، وعقيدة..أساليب البحث | Tafir and Quranic sciences:Objective Tafsir, analysis, Stories, uloum, and I'jaz, creed, research methods. | Areas of Specialty | ||||
الدرجة العلمية | اسم الجامعة | الدولة | Country | University | Degrees | ||
بكالوريوس | 1979 | الجامعة الإسلامية | السعودية | Sudia | Islamic University | 1979 | B.A |
بكالوريوس | 1979 | الجامعة الإسلامية | السعودية | Sudia | Islamic University | 1979 | B.A |
الماجستير | 1983 | المعهد العالي للدعوة الإسلامية | السعودية | Sudia | Higher Islamic Institute | 1983 | M.A |
الماجستير | 1986 | جامعة تمبل | أمريكا | U.S.A | Temple University | 1986 | M.A |
الدكتوراه | 1988 | جامعة كولمبيا باسيفيك | أمريكا | U.S.A | C. P.U. | 1988 | Ph.D |
الدكتوراه | 1989 | نيويورك | أمريكا | U.S.A | N.Y.U. | 1989 | Ph.D |
الدكتوراه | - | - | - | - | - | - | Ph.D |
حوار الأديان | 1994 | نيويورك | أمريكا | U.S.A | Interreligious Dialogue | 1994 | None |
No comments:
Post a Comment