Jaringan Ukhwah

21 July 2011

AHLAN YA RAMADHAN: 4 CHECKPOINT MESTI DILALUI



1. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan yang mulia insyaAllah. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Bulan kebajikan dan pesta amal ibadah yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah Azza wa Jalla. Bulan yang dinantikan kehadirannya oleh seluruh umat Islam. Bulan yang mampu mengubah seseorang; daripada jauh menjadi dekat dengan Allah SWT dan daripada pelaku maksiat kepada ahli ibadah.

ahlan wasahlan Ya Ramadhan..


2. Mulianya bulan Ramadhan kerana al-Qur’an yang merupakan kitab petunjuk kepada seluruh makhluk diturunkan pada bulan ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

3. Imam Ibn Kathir (774H) menyatakan tentang ayat ini:
Allah SWT memuji bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain dengan memilihnya untuk diturunkan al-Qur’an al-‘Azim. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)  

4. Namun sebelum kita sampai dan bertemu dengan bulan yang sangat mulia ini, terdapat empat checkpoint yang perlu kita lalui untuk memastikan kita berjaya memasukinya dan cemerlang ketika keluar meninggalkannya:
Checkpoint 1: Bersyukur
Perkara utama yang perlu kita lakukan ialah bersyukur di atas nikmat peluang bertemu sekali lagi dengan bulan ini. Kerana ia merupakan nikmat yang sangat besar nilainya yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Tidak semua orang berpeluang dengan nikmat seumpama ini. Berapa ramai mereka yang ingin bertemu dengan Ramadhan tetapi ajal mendahuluinya, lalu Ramadhan tiba tetapi mereka sudah menjadi arwah dan jenazah.

Oleh itu, jika kita sempat dengan Ramadhan maka bersyukurlah menerusi lidah dan amal dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Semoga dengan kesyukuran ini, Allah SWT akan tambahkan lagi nikmatnya buat kita, sebagaimana firmanNya dalam surah Ibrahim ayat 7:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

Checkpoint 2: Berniat dan berazam
Kita juga hendaklah berazam dan memasang niat untuk memperbaiki diri dari aspek perkataan dan perbuatan untuk tunduk dan patuh dengan syari’atNya, serta mendekatkan diri kepadaNya dengan ketaatan dan ibadah yang baik.

Niat dan azam seumpama ini melayakkan seseorang untuk memperolehi pahala penuh Ramadhan walaupun meninggal dunia pada hari kedua Ramadhan. Ini kerana mereka yang berniat melakukan kebaikan tetapi meninggal sebelum sempat melakukannya maka layak mendapat ganjaran kebaikan tersebut. Allah SWT merakamkan kisah seorang yang berhijrah, tetapi meninggal dunia di pertengahan jalan sebelum sempat sampai ke destinasi, menerusi firmanNya dalam surah al-Nisaa’ ayat 100 bermaksud:
Dan barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Checkpoint 3: Proposal ibadat
Kita juga perlu mempunyai perancangan lengkap tentang amal ibadah yang bakal kita lakukan sepanjang bulan ini. Kerana berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan nafsu dan seluruh pancaindera daripada melakukan maksiat kepada Allah Azza wa Jalla.

Banyak wasiat nabi SAW yang perlu kita ambil pedoman untuk dilaksanakan atau ditinggalkan sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda:
Apabila seseorang daripada kamu pada hari berpuasa, maka janganlah bercakap dengan perkataan yang keji dan janganlah mengutuk. Jika ada orang lain mencercanya atau mengajaknya bergaduh, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku ini sedang puasa. (Riwayat al-Bukhari)   

Rancanglah dan isilah sebulan Ramadhan dengan pelbagai ibadah, yang wajib terus dilakukan dan amalan-amalan sunat perlu dimeriahkan dan dipelbagaikan.  

Checkpoint 4: Mengetahui format dan garis panduan
Dengan kita mengetahui format dan garis panduan ibadah puasa menjadikan kita sentiasa dalam trek yang betul, tidak terbatal atau dibatalkan. Kerana puasa ada peraturannya tersendiri, daripada perkara yang wajib, syarat sah, sunat, adab dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu bertafaqquh dan mendalami ilmu puasa sebelum kita berpuasa. Adakan diskusi dan perbincangan ilmiah berkaitan dengan feqh puasa, atau sekurang-kurangnya lakukan inisiatif sendiri membaca buku feqh tentang puasa. Paling mudah tanyalah mereka yang ‘alim tentang ibadah ini.

Salah satu yang berkaitan dengan format ini ialah, selesaikan hutang tertunggak (qadha’) sebelum masuk bulan Ramadhan. Gagal melangsaikannya tanpa sebarang keuzuran syar’ie bererti bayaran penalti menanti. Dalam mazhab al-Shafie, ia perlu qadha’ dan dikenakan fidyah. Fidyah ini pula akan berganda setiap kali menjelang Ramadhan yang lain. Imam al-Nawawi (676H) mengatakan:
Jika seseorang melewatkan qadha’ sehingga Ramadhan berikutnya tanpa sebarang keuzuran maka dia berdosa, dan dia mesti berpuasa Ramadhan yang sekarang di samping qadha’ Ramadhan yang luput, dan satu mud (dua tapak tangan) makanan (fidyah=750g) beserta qadha’ bagi setiap hari yang luput sekiranya masuk Ramadhan yang kedua. (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 6, hlmn 385)  

Seorang rakan pernah bertanya tentang masalah seumpama ini, iaitu berkaitan fidyah suami yang telah meninggal dunia tidak berpuasa selama tujuh tahun. Atas nasihat doktor, suaminya tidak boleh berpuasa kerana mengidap penyakit athma’ yang kronik. Jadi, berapa cupak/kg beras perlu untuk bayar fidyah bagi tujuh tahun tidak puasa berturut-turut? Dalam hal ini, dia dikenakan 157.5kg beras sebagai fidyah atau nilainya (30hari x 7tahun x 750g), kerana suami yang sakit dihukumkan sama dengan seorang yang telah lanjut usia yang tidak mampu berpuasa, dibolehkan berbuka dan dikenakan fidyah dengan memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari yang luput tanpa perlu qadha’. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa:
Diturunkan (ayat al-Baqarah 184) sebagai rukhsah (kelonggaran) kepada golongan lelaki dan wanita yang lanjut usia, kerana kedua-duanya tidak mampu berpuasa, maka hendaklah kedua-duanyanya memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari yang luput. (Riwayat al-Bukhari)

5. Oleh itu, kedatangan Ramadhan yang mulia ini perlu disambut dengan persediaan dan persiapan yang sewajarnya. Dengan harapan yang besar serta menggunung agar Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik daripada sebelumnya atau mungkin jadikan ia seakan-akan yang terakhir dalam hidup kita.

6. Kesimpulannya, semoga kita mampu melalui setiap checkpoint dengan selamat sebelum kita mengucapkan ahlan ya Ramadhan.


Sumber : Ustaz Haji Anhar

10 July 2011

Kejamkah Polis Diraja Malaysia?


Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang menjayakan BERSIH 2.0. Perhimpunan ini berkonsepkan Malaysia, buktinya seluruh rakyat berbilang bangsa tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit bersama-sama menuntut keadilan serta hak-hak mereka yang dinafikan. Contohnya, mereka bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu. 

Tahniah kepada pasukan Polis Di Raja Malaysia yang berjaya menjalankan tugas anda, habis semua anggota dikerah demi menyekat kemaraan rakyat, andalah pasukan terbaik abad ini. Rakyat menjadi anak tiri di negara sendiri, merana kerana kerakusan serta keangkuhan sang penguasa.





Gambar bersejarah..anda tafsirlah sendiri! (kredit to Ust Badrulamin)

















19 June 2011

MENGECAM PENYIARAN KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA YANG MEMPUNYAI UNSUR MENGHINA HUKUM JENAYAH DI DALAM ISLAM.

Kartun yang dikeluarkan Utusan boleh mengelirukan masyarakat Malaysia khususnya non muslim mengenai agama Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia [GAMIS , Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Syria [PPMS] & Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ]  mewakili suara seluruh mahasiswa Malaysia yang berada di segenap dunia mendesak agar kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka atas penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.


Bahkan penyiaran tersebut telah mengguris hati seluruh masyarakat Islam Malaysia kerana agama Islam yang suci ini dikarutkan dengan karikatur yang tidak sepatutnya.
Penyiaran karikatur tersebut mengundang kekeliruan ke dalam masyarakat awam dengan senario kes yang dipampang.
Secara tidak langsung, menggambarkan hukum jenayah dalam Islam begitu kolot bahkan seakan-akan “kuno” dalam menjaga keselamatan manusia amnya.
Kesan buruk yang mungkin akan timbul adalah undang-undang berkaitan jenayah Islam akan diragui terutama yang melibatkan hudud.
Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ memandang penyiaran karikatur ini bukan hanya boleh merosakkan akidah kartunis, pihak penyiaran surat khabar bahkan masyarakat awam yang tidak mengerti dengan mendalam akan selok belok agama Islam apatah lagi masyarakat non muslim akan memandang serong terhadap hukum jenayah di dalam Islam.
Sehubungan itu, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mempersoalkan kredebiliti Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi kerajaan dalam isu penerangan.
PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mengutuk kredebiliti Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur tersebut. Bahkan sebelum ini pihak Utusan Malaysia juga menimbulkan kemarahan masyarakat dalam mempersoalkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam apabila mendatang isu berkaitan “Kristian Agama Rasmi” sekiranya DAP memerintah negara Malaysia.
Jelas, pihak Utusan Malaysia sudah tidak berkredebiliti dalam menjalankan tugas dalam memberikan keterangan maklumat serta berita kepada msyarakat.
Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mendesak pihak yang selayaknya memberikan tindakan yang sewajarnya kepada pihak Utusan Malaysia serta ‘rebranding’ semula struktur jawatankuasa yang terdapat di dalam pihak Utusan Malaysia sebelum surat khabar Utusan Malaysia ‘didenda’ oleh rakyat.
Secara jelas dalam isu karikatur ini, 3 kesalahan yang dipandang oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ :
- karikatur menghina hukum Islam
- penyiaran karikatur mengelirukan masyarakat awam
- imej buruk kredebiliti pihak Utusan sebagai media penerangan
Justeru, 3 tuntutan yang diletakkan oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ iaitu :
- kartunis serta pihak Utusan minta maaf secara terbuka
- kartunis serta pihak Utusan bertaubat serta berjanji secara umum tidak akan melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama
- Surat khabar Utusan Malaysia mesti dikenakan tindakan bagi memulihkan semula kredebiliti pihak Utusan

Muhamad Zuhaili bin Saiman
Presiden PMRAM
Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan
Presiden GAMIS
Muhammad Hazuanuddin bin Sofuan
Presiden PPMS
Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Presiden MPPMJ

09 June 2011

Kabinet Baru PERMATA SESI 2011/12


Presiden : Mohd Nazri Bin Mat Yasin
Timb. Pres 1 : Fakhrul Hayyi Bin Mohamed
Timb. Pres 2 : Noraziah Binti Md Esa

Setiausaha : Muhamad Hanif Bin Ali
Timb. Setiausaha : Fathi Insyirah Binti Sabri

Bendahari : Muhammad Dawud Bin Ab. Rashid
Timb. Bendahari : Sharifah Nawwar Binti Syed Mustaffa

Ketua Biro Bimbingan dan Rohani : Ahmad Kailani Bin Zahari
Timb. Ketua Biro : Nurul Aisyah Binti Yahya

Ketua Biro Akademik : Bukhari Bin Safian
Timb. Ketua Biro : Syarifah Nurfathiah Binti Syed Mustapha

Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan : Hafizulfaiz Bin Mohd Puad
Timb. Ketua Biro : Noor Hidayah Binti Adzman

Ketua Biro Perhubungan : Muhammad Khairi Bin Abu Yamin
Timb. Ketua Biro : Syafiqah Binti Salleh

Ketua Biro Ekonomi : Danial Ashraf Bin Mohd Zaini
Timb. Ketua Biro : Karimah Binti Mohamad


Ketua Biro Kebajikan dan Penempatan : Muhammad Amirul Bin Razali
Timb. Ketua Biro : Nurul Fathiyah Liyana Binti Othman


Ketua Biro Kebudayaan dan Sukan : Shafiy Bin Zakaria
Timb. Ketua Biro : Maryam Binti Che Yusuf Shauki

28 May 2011

Hobi Kami Berusrah


~ Semanis Firdausi ~

- Rehlah makan-makan angin musim exam :)
- TDI / Usrah terakhir sebelum Ahmad Faiz dan Azam balik bercuti soifi.

Lokasi :
- Wadi 'Ain, Adnaniah, Karak

* Ahmad Faiz
* Aizul Aiman
* Syakir Sulaiman
* Azam
* Ehsan Sebri
* Ijam
* Abdul Rahim
** Shahid Azim


Ehsan sedang berceloteh melontarkan kata syahdu :)
" Sungguhnya ukhuwwah itu didasari dgn Iman dan Islam,ia melekat di lubuk hati yang paling dalam,ia terasa rindu bila berjauhan"

Cedok nasik utk anak-anak,diorang lapar,kesian...
[hadami kisah sahabat, Jabir Bin Abdullah RA yang mengajak Nabi SAW makan di rumahnya semasa perang Khandak..keberkatan dan mukjizat baginda saw mengatasi segala-galanya,makanan yang sedikit cukup utk seluruh Muslimin penggali parit..]

Mereka adalah adik beradik....sorang bakal abi,sorang akan menjejaki :)
Sahabat ibarat cermin,makin pudar cermin,makin kaburlah wajah yang kelihatan,jika ia pudar gilaplah kembali agar wajah yang kelihatan sentiasa nyata dan terang :~

Rahsia ukhuwwah kami : Setalam nasi berlauk ayam.
Maksud sabda Nabi SAW: " Saling memberi hadiahlah pasti akan saling menyintai "
Makan lagi..memang makanan tak dapat dipisahkan....

Cover album..' Pemuda Di Kaki Bukit '

Zikir + Fikir 

Senyuman manis seorang Syakir... :)
Gersang,kering kontang..peritnya Nabi SAW dan para sahabat suatu masa dahulu melaui  jalan ini demi ISLAM tercinta..ibrah berharga buat para kekasih yg rindukan kasihnya,sirah Baginda SAW bukan untuk ditinggalkan begitu sahaja.

27 May 2011

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ) SESI 2011-2012


BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)
SESI 2011-2012

AHLI MAJLIS TERTINGGI (AMT)

PRESIDEN
Mohammad Hussin Bin Fauzi
Universiti Mu’tah Tahun 3
+962779216790
+0962785711726
husin_syria@yahoo.com.my
TIMBALAN PRESIDEN I
Mohd Arif Azfar Bin Md Ashaari
Universiti Al Al-Bayt Tahun 4
+962779799663
sufie_boy@yahoo.com

TIMBALAN PRESIDEN II
Syahirah Salwa Binti Md Harun
Universiti Al Al-Bayt Tahun 3
+9627796573509
rumputkarpet_88@yahoo.com

SETIAUSAHA AGUNG
Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962776965021
syakir_mtaq@yahoo.com

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Umme-Ayman Binti Ayub
Universiti Urduniyyah Tahun 2
+962775308917
umme_syahadah91@yahoo.com

BENDAHARI KEHORMAT
Abdul Rahman Bin Mohd Sya’ary
Universiti Yarmouk Tahun 3
+962776515082
scorman90@yahoo.com

TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT
Anisatul Qalbi Bin Mohd Sofiyuddin
Universiti Yarmouk Tahun 3
+962776512637
pelita_seeker@yahoo.com

AHLI BADAN PENGURUS (BP)

PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN MINDA & AKADEMIK
Muhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor
Jordan University Of Science & Technology (Medic) Tahun 3
+962779623043
koklanas90@yahoo.com

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN MINDA & AKADEMIK
Ainaa Nadia Binti Ab. Rahman
Jordan University Of Science & Technology (Dentist) Tahun 2
+962777714370
ainaa_nadia0909@yahoo.com

PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI
Muhammad Fadzil Athif Bin Khairuddin
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962786715233
ibnukhai_ordon@yahoo.com

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN MINDA DAN AKADEMIK
Kazimah Binti Kadai
Universiti Al Al-Bayt Tahun 3
+962776573506
wafa_1609@yahoo.com

PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN SUKAN
Nazmi ‘Afifi Bin Mohammad Nor
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962776253779
kidz_muffia04@yahoo.co.uk

TIMBALAN PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN SUKAN
Norzuriana Binti Abu Zarim
Universiti Mu’tah Tahun 2
+962786955206
zureen_ana91@yahoo.com.my

PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
Ahmad Muhammad Syamil Bin Shuhardi
Jordan University Of Science & Technology (Medic) Tahun 3
+962779669813
syamil_capt@yahoo.com.my

TIMBALAN PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
Siti Hajar Binti Mohamad
Universiti Al Al-Bayt Tahun 1
+962779465562
teratak_asrar@yahoo.com
Sumber : MPPMJ