Jaringan Ukhwah

30 December 2009

Menyelami Khazanah Hadis Nabi SAW...

Satu seminar berkaitan hadis yang bertemakan ' Menyelami Khazanah Hadis Nabi SAW ' akan dianjurkan oleh Biro Akademik, Persatuan Mahasiswa Mu'tah (PERMATA), maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Puskma

Marilah kita semua merebut peluang yang tersedia, isi waktu cuti hujung minggu dengan majlis ilmu, mudah-mudahan di sana ada barokah..Insya Allah..

Pakat-pakat gi blako ya !!

Tahniah diucapkan kepada Ust Muhammad selaku pengarah seminar ini, beliau ni rakan serumah saya, Dar Muttaqin...mabruk....('',)

(kredit utk Dar Muttaqin)




Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda :


" Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya, sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang faqih tentang hal agama "
(riwayat Ibnu Majah)

28 December 2009

Awas..barangan syubhah di sekeliling anda !

Alhamdulillah, semaksimum kesyukuran dipanjatkan padaNya kerana sehingga saat ini kita masih lagi mengecapi iman dan Islam, di samping segala macam nikmat lain yang tak terhitung banyaknya, kita bernafas, melihat, mendengar, berkata2, makan dan minum semuanya meminjam dariNya..

Cuba pula kita merenung ke dalam diri kita, bagaimana kewajipan terhadapNya, betul2 terlaksana? atau terpaksa dilakukan? mungkin dalam keadaan malas, tak bersungguh2 atau mungkin juga sekadar melepaskan diri?...tepuk dada, tanya iman..(muhasabah utk kita bersama)

Entri kali ini berkisar dengan barangan keperluan kita seharian, di sana ada pelbagai barangan haram, syubhah yang digunakan dalam menghasilkan makanan, barangan kosmetik, sabun, syampu dan lain-lain. Ummat Islam pada hari ini terpaksa menggunakannya kerana tiada alternatif lain atau kalau ada sekalipun harganya agak mahal berbanding barangan tersebut.

Permasalahan ini sudah lama dibincangkan dan menjadi perbahasan para ulama', ustaz..hasilnya pada hari ini timbul syarikat-syarikat industri muslim yang mengeluarkan barangan yang halal sebagai alternatif kepada pengguna Islam sekaligus membuka ruang pekerjaan kepada ummat Islam di Malaysia.

Setelah mendengar ceramah berkaitan makanan syubhah yang disampaikan oleh pengasas IMP Tuan Haji Ahmad Tajuddin semalam, langsung di fikiran saya untuk menulis entri kali ini, terasa bagaikan satu tamparan hebat, mana tidaknya selama ini telah pun 'kalis' menggunakan barangan yang haram dan syubhah, lebih-lebih lagi semenjak berada di Jordan ni, hampir kesemua barangan makanan mengandungi kod E, kod E adalah E- bererti EC (European communities) iaitu kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif dalam makanan. Kod ini ada yang diklasifikasikan sebagai halal, syubhah dan haram.

Sayugia atas kita memilih makanan yang jelas halalnya, lebih-lebih lagi pelajar, mahasiswa dan sekalian penutut ilmu. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dan tidak mungkin otak yang berfungsi hasil dari pemakanan dapat menerima segala pembelajaran dengan baik. Ia juga berkait rapat dengan pembinaan akhlak, cuba lihat hari ini betapa parah gejala sosial dan keruntuhan moral khususunya di kalangan remaja Islam, sudah tentulah salah satu puncanya adalah sumber makanan yang tidak diketahui statusnya. Dari sudut saintifiknya, pelbagai mudharat yang timbul hasil dari makanan ini.

Islam begitu menitik beratkan soal makanan, Allah swt telah berfirman, maksudnya:

" Wahai manusia, makanlah dari (makanan) yang halal lagi baik yang terdapat di muka bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu "

(Al-Baqarah,168)

" Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya "
( Al-Baqarah,172)

" Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman "
(Al Maidah,88)

" Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata "
(An Nahl,114) 



" Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutny a, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik "
(Al An'aam,121)



Untuk mengelak daripada mengambil makanan syubhah, seseorang itu perlu mempunyai sifat wara' dan meninggalkan perkara-perkara meragukan.

Memakan makanan syubhah boleh menjejaskan pembentukan insan kerana amal ibadat dan doa seseoarang itu mungkin tidak akan diterima Allah. Antara ciri utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang ialah mempunyai hubungan rapat dengan Allah melalui hubungan iman dam akidah. Justeru makanan dan minuman yang diambil oleh seseoarang itu mempengaruhi keperibadian dan keimananya. Sabda nabi saw :



عن ابو عبد الله النعمان بن بشير سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌمِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِيالحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم


Maksudnya: Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat lmam Bukhari dan Muslim)

Janganlah mengambil mudah tentang makanan kita, setiap yang dimakan pastinya menjadi darah daging, setiap daging yang tumbuh dari sumber dan makanan yang haram maka nerakalah yang lebih utama dengannya.

Apa pendapat anda?










26 December 2009

Sekitar Kelebihan Bulan Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم




Bulan Muharram adalah di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Hijrah.Setiap bulan dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:


"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)


Empat bulan yang dihormati "arba'ty haram" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Oleh itu, bulan Muharam ini adalah bulan untuk kita berlumba-lumba meraih kebajikan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya menشnam azam, memperbaharui tekad, dan menambahkan bekalan sebagشi persediaan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang abadi untuk bertemu Allah SWT.


Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang amat bersejarah dalam Islam, iaitu Hari 'Asyura'.Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda saw :


"Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)


Dari Aisyah r.a. katanya :


"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)


Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Sabda nabi saw : "Sekiranya aku masih hidup sehingga tahun hadapan nescaya aku akan puasa pada hari kesembilan (Tasu'a') dan hari kesepuluh (Asyura'). (Hadith Riwayat Muslim).





Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita berpuasa dan merebut segala peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di hadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

25 December 2009

Coretan hati..

Assalamualaikum wbt.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt atas segala limpahan kurniaanNya,diberikan kekuatan untuk kembali menulis, berkongsi serba sedikit, mudah-mudahan usaha ini tidak sia-sia..Insya Allah..

Agak lama tidak menulis, seminggu yang lalu duk berperang ngn imtihan, internet pun 'brona' kat rumah, Alhamdulillah habis exam, Dia aturkan agar internet kembali berfungsi..dapat la mencoret serba sedikit, blaja2 orang kata..asykuru ilaika Ya Rahman..

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar dah 4-5 bulan merantau kt bumi syuhada' ni..merenung ke dalam diri, tilik jiwa dan hati, tertanya2..target apa yg tlh tercapai, tujuan mne yg dh brjaya digapai? hanya empunya diri yang tau ada jwpnnya..

Ku mohon padaMu Ya Allah agar dikuatkan hati ini, dibentangkan jalan yang lurus agar mudah tekad dan azam itu terlaksana..Ya Allah, permudahkanlah jalan ini untukku..

13 December 2009

Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Ust. Arman

Assalamualaikum wbt..

Sama-sama kita sedekahkan alfatihah untuk arwah Ust Arman, Atase Pendidikan MSD Jordan yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam..Sembahyang jenazah telah diadakan di rumah Pengarah Msd Jordan, Ustaz Sulaiman tengah hari semalam dan tahlil arwah diadakan pada malamnya...mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para solihin..amin.

Sekalung takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau, semoga ditabahkan hati untuk menerima ujianNYA ini..Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Maksud hadis nabi saw :

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo’akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya” (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad).