Jaringan Ukhwah

17 November 2009

! لبيك اللهم لبيك.... الله يبارك فيكم أيها الحجاج

Alhamdulillah..saya mendapat khabar baik dari Malaysia..Umi dan ayah berpeluang menunaikan haji tahun ni, mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan, selamat pergi, selamat balik seterusnya dikurniakan haji mabrur.

Sebenarnya baru minggu lepas diinformkan oleh pihak Tabung Haji, sepatutnya tak dapat pergi lagi tahun ni..tapi semuanya DIA yang aturkan..asykuru ilaika Ya Allah.. Pemergian ibu bapa saya kali ini adalah untuk mengerjakan upah haji. Ayah diminta oleh ahli qaryah masjid untuk mengerjakan upah haji arwah orang tuanya manakala umi pula untuk arwah mak cik saya yang tidak berpeluang mengerjakannya , sepatutnya tahun ini tetapi Allah lebih awal memanggil hambanya itu..semoga beliau ditempatkan bersama para solihin..amin..

Saya memohon pembaca sekalian agar mendoakan keselamatan, kemudahan semasa mengerjakan haji untuk ibu bapa saya dan seluruh jemaah haji pada tahun ini. Semoga Allah mengaturkan yang terbaik untuk para jemaah haji dan menerima ibadah haji mereka dengan mengurniakan haji yang mabrur..amin..


Para jemaah haji melakukan tawaf di Baitullah..

Seruan haji....

Maksud firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 27-30 :

27. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus , mereka datang dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

28. "Agar mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu ( hari raya Haji dan hari Tasyriq), kerana kurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban). Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah dan fakir miskin.

29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya (yang dimaksudkan di sini ialah memotong rambut, kuku dll) dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan melakukan tawaf Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".

30. " Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan mengagungkan apa yang terhormat di sisi Allah (hurumat : maksud pada ayat ini ialah bulan Haram ; Muharam, Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah), maka itu lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu semua haiwan ternak, kecuali yang diterangkan kepadamu (keharamannya), maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhaka yang najis itu dan jauhilah perbuatan dusta.

Daripada ayat ini jelaslah kepada kita bahawa ibadah agung ini mempunyai seribu satu hikmah dan pengajaran di samping ianya merupakan tuntutan fardhu kepada yang mampu..

Kepada umi dan ayah yang akan berangkat ke Tanah Suci pada hari Jumaat (20.11.09), selamat menunaikan ibadah haji..begitu juga kepada muslimin muslimat jemaah haji sekalian..

Siru a'la barakatillah..


Mekah
al-Mukarramah


Kaabah : Simbol perpaduan ummat Islam


Gambar lama Kaabah dari dalam


Gambar terkini Kaabah dari dalam




Kunci terkini pintu Kaabah


Hajarul aswad

Hijir Ismail

Makam Ibrahim


Madinah al-munawwarah


Masjid Nabawi pada waktu siang.

Bergemerlapan;Masjid Nabawi pd waktu malam.


Raudhah (antara mimbar dan makam nabi)

319 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 319 of 319
«Oldest ‹Older   401 – 319 of 319   Newer› Newest»